CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21965|Reply: 0

[Kedah] Wanita hidap barah tertekan, suami dan anak dipenjara akibat dadah

[Copy link]
Post time 12-9-2024 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Wanita hidap barah tertekan, suami dan anak dipenjara akibat dadah

Zuliaty Zulkiffli[email protected]







ZURAINI (kiri) mendengar keluhan Maznah yang tertekan selepas suami dan anaknya dipenjara akibat dadah. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Alor Setar: "Akibat dadah, keluarga saya terumbang-ambing selepas suami serta anak sulung kini dipenjara atas kesalahan memiliki dan menagih dadah.

"Disebabkan itulah saya tidak mahu meneruskan rawatan barah payudara kerana tiada siapa yang hendak bawa dan temani saya ke hospital," kata Maznah, 52, (bukan nama sebenar).

Maznah yang baru selesai menjalani pembedahan membuang payu dara kiri di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 27 Ogos lalu kini tinggal di rumahnya di Mergong bersama dua lagi anaknya.

Katanya, dia kini kemurungan akibat tertekan dengan masalah yang membelenggu dirinya selepas suaminya yang berusia 50-an dan anak lelaki sulungnya, 30, ditahan polis akibat dadah.

"Suami menang sudah lama ambil dadah dan ditahan kerana memilikinya. Malah, sudah lebih tiga kali dia keluar masuk penjara atas kesalahan sama.

"Sebagai isteri, saya terima atas apa yang berlaku tetapi tak sangka, anak sulung turut terjebak dengan dadah.

"Suami kini ditahan di Penjara Alor Setar manakala anak pula di Penjara Sungai Petani," katanya ditemui, hari ini.

Menurut Maznah, sebelum ini, dia bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan di bandar raya ini tetapi berhenti kerja selepas disahkan menghidap barah, awal tahun ini.

Katanya, wang simpanan hasil bekerja sebelum ini juga sudah berkurangan untuk kegunaannya berulang alik ke hospital selain menyara keluarga.

"Anak kedua yang juga lelaki berusia 28 tahun sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan sendiri manakala yang ketiga, berusia 24 tahun, tidak bekerja. Anak bongsu berusia 16 tahun tetapi sudah tidak bersekolah sejak dua tahun lalu.

"Ada kalanya mereka mengharapkan bantuan kewangan daripada saya menyebabkan saya agak tertekan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal yang menziarah Maznah turut memberi sokongan dan galakan supaya dia meneruskan rawatan di hospital.

"CSM turut menasihatinya supaya mendapatkan rawatan segera dan jika ada pihak yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh melalui kami," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Cancer Survivors Malaysia di 5520 6852 2859.

Zuraini turut menyerahkan sumbangan kepada Maznah untuk digunakan jika dia mahu ke hospital dengan apa cara sekali pun.

"Hanya dengan rawatan hospital saja dapat membantunya dan kita faham dengan keadaan dia sekarang, murung dan sedih dengan nasibnya," katanya.



Disiarkan pada: September 12, 2024 @ 1:06pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1133181/wanita-hidap-barah-tertekan-suami-dan-anak-dipenjara-akibat-dadah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.440778 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list