CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24040|Reply: 0

[Kedah] Bot karam: 2 nelayan ditemui selamat, kini berada di Phuket

[Copy link]
Post time 12-9-2024 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Bot karam: 2 nelayan ditemui selamat, kini berada di Phuket


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







LAPORAN Harian Metro sebelum ini





Alor Setar: Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Kuala Kedah berjaya diselamatkan anak kapal kargo dan kini berada di Phuket, Thailand.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 8.47 pagi semalam daripada pengusaha bot nelayan memaklumkan sebuah bot miliknya karam di perairan laut Kuala Kedah.

Beliau berkata, dua nelayan terbabit berusia 29 tahun dan 50 tahun yang mengendalikan bot terbabit juga didapati hilang dan gagal dikesan.

"Berdasarkan keterangan nelayan lain memaklumkan, kejadian itu disedari berlaku pada malam Selasa lalu sekitar jam 8.30 malam di perairan Kuala Kedah selepas mendapati beberapa serpihan dan peralatan dari bot yang dimaksudkan terapung di permukaan laut.

"Sehubungan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kedah yang dimaklumkan kejadian itu terus menggerakkan usaha mencari dan menyelamat mangsa hilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, seterusnya pada jam 8 malam tadi, pengadu sudah dihubungi kedua-dua mangsa yang memberitahu mereka kini berada di Phuket, Thailand selepas diselamatkan oleh anak kapal sebuah kapal kargo.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan salah seorang mangsa, insiden berlaku apabila sebuah kapal kargo dilihat bergerak rapat lalu terlanggar bot dinaiki dua nelayan itu yang sedang dalam keadaan statik di unjam.

"Akibat daripada itu, bot dinaiki mangsa tenggelam namun kedua-dua mangsa sempat diselamatkan krew bot kargo yang terbabit dalam kejadian itu.

"Walau bagaimanapun kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan baik.

"Polis sudah meminta kedua nelayan terbabit untuk tampil memberi keterangan berkenaan insiden ini bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Media semalam melaporkan, sebuah vesel tempatan dipercayai karam pada kedudukan 31 batu nautika muara Kuala Kedah, tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan itu dan vesel itu dipercayai karam pada kedudukan 31 batu nautika di muara Kuala Kedah pada jam 12 tengahari hari.

Berikutan itu, sebuah bot Penggalang 35 sudah pun diatur gerak ke lokasi vesel yang dipercayai karam itu.



Disiarkan pada: September 12, 2024 @ 12:25pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1133167/bot-karam-2-nelayan-ditemui-selamat-kini-berada-di-phuket





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035326 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list