Vesel nelayan karam, operasi SAR disambung esok
Zuliaty Zulkiffli[email protected]
GAMBAR hiasan. FOTO IHSAN APMM
Alor Setar: Sebuah vesel nelayan tempatan dipercayai karam pada kedudukan 31 batu nautika muara Kuala Kedah, tengah hari tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan itu dan vesel itu dipercayai karam pada kedudukan 31 batu nautika di muara Kuala Kedah pada jam 12 tengahari hari.
Beliau berkata, berikutan itu, sebuah bot Penggalang 35 sudah pun diatur gerak ke lokasi vesel yang dipercayai karam itu.
"Disebabkan keadaan laut yang agak teruk dan cuaca semakin gelap, operasi pencarian ditangguhkan jam 8 malam tadi.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan disambung semula pada pagi esok," katanya.
Kenyataan media rasmi akan dikeluarkan esok pagi berhubung kejadian itu.
Disiarkan pada: September 11, 2024 @ 11:36pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1133043/vesel-nelayan-karam-operasi-sar-disambung-esok
|