CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29672|Reply: 0

[Kedah] Gudang alat ganti motosikal terbakar, abang pemilik melecur

[Copy link]
Post time 12-9-2024 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Gudang alat ganti motosikal terbakar, abang pemilik melecur


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Kebakaran yang membabitkan sebuah gudang alat ganti motosikal di Kawasan Perusahaan Mergong. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Alor Setar: Seorang lelaki melecur di bahagian belakang badan ketika cuba memadam kebakaran itu di Kawasan Perusahaan Mergong, di sini hari ini.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mangsa yang berusia 59 tahun itu dipercayai abang kepada pemilik gudang berkenaan dan ketika kejadian dia dipercayai cuba memadam kebakaran itu.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah oleh jentera EMRS Bomba (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Panggilan diterima pada jam 5.16 petang dan dua pasukan iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jalan Raja tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Operasi itu membabitkan 120 orang terdiri termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS). Pada mulanya menghadapi sedikit kesukaran untuk ke lokasi kerana waktu puncak orang ramai pulang dari kerja.

"Bagaimanapun, setakat ini, api berjaya dikawal sepenuhnya dan pada peringkat awal ini peratusan kebakaran adalah sebanyak 70 peratus," katanya pada sidang di lokasi kebakaran hari ini.

Ahmad Aminuddin berkata, proses pemadaman kebakaran juga mengalami kesukaran dan mengambil masa hampir tiga jam berikutan bomba mengambil langkah berjaga-jaga selepas dimaklumkan selain alat ganti terdapat juga tong cat yang berbahaya.

Beliau berkata, pihaknya turut melakukan pemadaman dari bahagian luar kerana bahagian di tingkat dua dan tiga kilang ada yang diperbuat daripada kayu.

"Berikutan itu, anggota bomba tidak boleh masuk ke dalam lagi dan kita tidak mahu ambil risiko pada anggota kerana takut ada rekahan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan tetapi saksi awal memaklumkan api mula di bahagian tengah kilang dan kita akan siasat dengan lebih lanjut lagi," katanya.

Sehingga jam 8 malam tadi, anggota Bomba sedang melakukan operasi pemadaman di lokasi untuk memastikan api dipadam sepenuhnya.



Disiarkan pada: September 11, 2024 @ 10:11pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1133023/gudang-alat-ganti-motosikal-terbakar-abang-pemilik-melecur





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036982 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list