CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32382|Reply: 0

[Perlis] 21 Pati Myanmar gagal bolos sempadan Malaysia-Thailand

[Copy link]
Post time 11-9-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode
21 Pati Myanmar gagal bolos sempadan Malaysia-Thailand



Aizat Sharif[email protected]




Lokasi sempadan Malaysia-Thailand di Chuping yang menjadi laluan kepada 21 PATI dari Myanmar yang cuba membolosi negara ini. FOTO AIZAT SHARIF





Padang Besar: Cubaan 21 pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Myanmar membolosi negara ini gagal selepas dicekup polis di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Chuping, semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.15 tengah malam ketika polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor, Perak sedang menjalankan rondaan berkala di laluan keselamatan Malaysia-Thailand di sekitar kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, hasil maklumat yang diperoleh semasa berada di KTJ Pos C-15, Chuping, anggota PGA yang bertugas berjaya mengesan pergerakan Pati yang sedang melalui kawasan itu.

"PGA berjaya mengesan dan menahan 21 Pati berusia 19 tahun hingga 49 tahun yang terdiri daripada 17 lelaki dan empat wanita warganegara Thailand yang didapati menceroboh masuk ke negara ini menerusi pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Chuping.

"Semasa pemeriksaan dibuat ke atas kesemua Pati, didapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah bagi memasuki negara ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, Pati berkenaan dibawa oleh sindiket dari negara asal mereka menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti van, lori, kereta dan motosikal dari pelbagai daerah.

"Mereka kemudian berkumpul satu tempat sebagai transit sebelum memasuki sempadan negara ini di mana mereka akan berjalan kaki untuk menyeberang sempadan.

"Siasatan awal juga mendapati salah seorang daripada Pati terbabit yang berusia 24 tahun mengaku sebagai tekong dan pemandu arah bagi kumpulan Pati berkenaan," katanya.

Beliau berkata, tekong berkenaan menerima bayaran upah sebanyak RM200 bagi setiap individu dan dipercayai mendapat arahan daripada seorang ejen dari negara Thailand.

"Tujuan utama semua Pati masuk ke negara ini adalah untuk bekerja di beberapa lokasi berlainan di dalam negara dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang dipercayai bertindak sebagai tekong pula ditahan reman selama 28 hari mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bermula hari ini sehingga 8 Oktober hadapan.

"Manakala baki 20 warganegara asing yang lain direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen sehingga 24 September hadapan," katanya.

Mohd Shokri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun atau denda.

Selain itu, kes berkenaan turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau denda.



Disiarkan pada: September 11, 2024 @ 4:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1132924/21-pati-myanmar-gagal-bolos-sempadan-malaysia-thailand





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.134013 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list