CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20656|Reply: 0

[Pulau Pinang] Konvensyen DAP Pulau Pinang: Hui Ying, Steven Sim, Zairil sah bertanding

[Copy link]
Post time 11-9-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Konvensyen DAP Pulau Pinang: Hui Ying, Steven Sim, Zairil sah bertanding


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 11, 2024 @ 12:47pm [email protected]







Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (kiri), Steven Sim Chee Keong (tengah) dan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying.





GEORGETOWN: DAP Pulau Pinang hari ini mendedahkan 32 senarai nama calon akan bertanding pada Konvensyen Biasa DAP negeri pada 22 September ini.

Antara nama itu ialah Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan dua Naib Pengerusinya, Zairil Khir Johari serta Steven Sim Chee Keong.

Setiausaha DAP Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying yang sebelum ini disebut-sebut antara nama bakal meneraju DAP negeri menepati ramalan bertanding pada pemilihan kali ini.

Dua Penolong Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin dan Lay Hock Peng serta Pengarah Pendidikan Politik, Teh Lai Heng turut tersenarai sebagai calon.

Selain itu, barisan ahli jawatankuasa termasuk Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit Heng Lee Lee.

Tampil sebagai muka baharu ialah ADUN Perai yang juga EXCO Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Sundarajoo Somu.

DAP Pulau Pinang berkata, sebanyak 15 ahli Jawatankuasa Negeri baharu akan dipilih daripada 32 calon yang bertanding bagi penggal 2024/2027.

"Speaker untuk konvensyen kali ini ialah Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat CEC, Syahredzan Johan merangkap Ahli Parlimen Bangi.

"Timbalan Speaker ialah Vivian Wong yang juga Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa CEC merangkap Ahli Parlimen Sandakan," katanya.

Parti itu memaklumkan, Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang akan dirasmikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di di Setia SPICE Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Katanya, urusan pemilihan Jawatankuasa Negeri yang baharu akan dikendalikan Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Sebelum ini, Ketua Menteri yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan tidak bertanding pada pemilihan kali ini.
.
Kon Yeow berkata, beliau sudah menerima surat pemberitahuan daripada DAP Pusat berhubung pencalonannya itu pada 27 Ogos lalu, namun menolaknya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1296914/konvensyen-dap-pulau-pinang-hui-ying-steven-sim-zairil-sah






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.033898 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list