CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19255|Reply: 0

[Perlis] JKDM Perlis rampas syabu bernilai RM2 juta

[Copy link]
Post time 11-9-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode
JKDM Perlis rampas syabu bernilai RM2 juta


Aizat Sharif[email protected]







ISMAIL Hashim menunjukkan gambar bahagian khas ruangan simpanan dadah yang ditemui dalam sebuah kenderaan SUV sewaktu pemeriksaan di Kompleks ICQS, Padang Besar pada sidang media di pejabat JKDN Cawangan Padang Besar, Perlis. FOTO Luqman Hakim Zubir





Padang Besar: Tindakan seorang lelaki warga Thailand melarikan diri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis membongkar kepada penemuan 73.319 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai lebih RM2 juta dalam SUV itu di Padang Besar 3 September lalu.

Kejadian berlaku sekitar jam 8.15 pagi ketika kenderaan SUV jenis Isuzu MU-X berpendaftaran Thailand itu ditahan untuk pemeriksaan ketika melalui laluan import, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP), Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, semasa pemeriksaan dilakukan, suspek yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an itu berpura-pura untuk mengambil pasportnya selepas diminta oleh penguatkuasa untuk pemeriksaan.

"Ketika anggota kita sedang melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan SUV itu, suspek yang belum dapat kita pastikan identitinya itu menghilang diri tanpa disedari pegawai bertugas.

"Sehubungan itu, pemeriksaan rapi terhadap kenderaan SUV itu menjumpai 56 paket teh cina yang disembunyikan dalam ruangan khas di bahagian bawah tempat duduk penumpang belakang barisan kedua.

"Pemeriksaan selanjutnya pula menemui 14 bungkusan yang disorokkan di bahagian ruangan khas iaitu di lantai tempat duduk penumpang belakang barisan pertama dan apabila diperiksa kesemua paket teh cina dan bungkusan hitam itu dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 73.319 kg," katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, semakan pihaknya dengan kerjasama pihak Kastam Thailand mendapati kenderaan SUV itu adalah milik seorang wanita warga Thailand dalam lingkungan 40an yang beralamat di wilayah Nakhon Si Thammarat.

"Kita juga mendapati bahawa kenderaan suspek ini sudah lima kali berulang alik dipercayai dari wilayah berkenaan ke negara ini sepanjang tahun ini.

"Syabu ini dipercayai cuba dipasarkan di pasaran negeri utara serta Lembah Klang dan berdasarkan rampasan ini, ia boleh diedarkan kepada lebih 730,000 penagih dadah.

"Rampasan dianggarkan bernilai RM2,346,208 dan turut dirampas adalah kenderaan SUV itu yang dianggarkan bernilai RM70,000," katanya.

Ismail berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada suspek berada dalam negara ini atau sudah lolos kembali ke negara asalnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan.

Ismail berkata, terdapat peningkatan rampasan membabitkan dadah jenis syabu dan ganja di Perlis sejak Januari tahun ini berbanding keseluruhan tahun lalu.

"Dari Januari tahun ini sehingga awal September ini, rampasan dadah yang dibuat oleh kita (JKDM Perlis) dianggarkan bernilai RM3.17 juta.

"Manakala, sepanjang tahun lalu pula nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1.844 juta," katanya.



Disiarkan pada: September 11, 2024 @ 1:06pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1132819/jkdm-perlis-rampas-syabu-bernilai-rm2-juta





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.080914 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list