CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38776|Reply: 0

[Kedah] Warga Bangladesh maut jentera pengorek terbalik

[Copy link]
Post time 10-9-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Warga Bangladesh maut jentera pengorek terbalik

Zuliaty Zulkiffli[email protected]







JENTERA pengorek dikendalikan pekerja Bangladesh yang terbalik menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. FOTO Ihsan Bomba.





Kulim: Pekerja warga Bangladesh maut akibat tersepit selepas jentera pengorek dikendalikannya terbalik di Kuari Batu 10, Jalan Terap di sini, Sabtu lalu.

Kejadian kira-kira 11.30 itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja di kawasan kuari berkenaan.

Difahamkan, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Azmir Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu Pada jam 11.53 pagi, Sabtu lalu dan sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi Tech dikejar ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa berada dalam jentera pengorek yang terbalik menyebabkan mangsa tersepit.

"Mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan bantuan sebuah lagi jentera pengorek dan peralatan penyelamat," katanya di sini hari ini.

Azmir berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: September 10, 2024 @ 4:48pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1132581/warga-bangladesh-maut-jentera-pengorek-terbalik




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.030125 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list