CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5286|Reply: 1

[Kedah] Bekas anggota tentera bunuh ibu tunggal tujuh anak terlepas tali gantung

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Bekas anggota tentera bunuh ibu tunggal tujuh anak terlepas tali gantung


M Hifzuddin Ikhsan[email protected]







MUHAMMAD Yusyairi yang terlepas hukuman mati atas kesalahan membunuh ibu tunggal pada 2014. FOTO Wan Nabil Nasir





Alor Setar: Seorang bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini, menukarkan hukuman mati itu dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan atas kesalahannya membunuh ibu tunggal tujuh anak pada 2014.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimum Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Mohammad Yusyairi Saidin, 46, mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023.

Tengku Maimun yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mordin Hassan memerintahkan hukuman ke atas Mohammad Yusyairi berjalan serentak dari tarikh dia ditahan pada 24 September 2014.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yushaini Amer Abd Karim meminta mahkamah menetapkan hukuman penjara 40 tahun dikenakan ke atas Mohammad Yusyairi kerana kesalahan dilakukannya adalah sangat serius.

Namun peguam mewakilinya, Hasnan Hamzah dan Qushwa Hasnan meminta hukuman penjara antara 33 hingga 35 tahun dengan alasan pemohon telah menyesali perbuatannya itu dan berkelakuan baik sepanjang ditahan di penjara.

Pada 26 September 2017, Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman mati ke atas Mohammad Yusyairi atas kesalahan membunuh Hasma Norlela Zaini, 53, di KM10 Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Inas, Jalan Baling pada 21 September 2014.

Hasma dilaporkan keluar bersama-sama tertuduh sebelum ditemukan orang awam dalam keadaan berbogel dengan 17 kesan tikaman di bahagian leher, dada dan perut selain hirisan pada muka yang menyebabkannya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis menahan tertuduh yang ketika itu bertugas di Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan, Kem Gerik pada 24 September 2014 sebelum dia menunjukkan barang bukti termasuk pisau yang diguna bagi membunuh serta barangan lain milik mangsa yang masih dalam simpanannya.

Berikutan itu, Mohammad Yusyairi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang menyabitkannya dengan hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh wanita berkenaan.

Di mahkamah sama, Tengku Maimun turut mengetepikan hukuman mati ke atas bekas pengusaha kantin dan menggantikannya dengan penjara 35 tahun atas kesalahannya membelasah teman wanitanya sehingga mati sebelum tidur semalaman dengan mayat wanita itu pada 2014.

Tengku Maimun membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan dibuat Abd Khalid Md Isa, 53, mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023.

Terdahulu, peguam Rashid Zulkifli yang mewakili Abd Khalid memaklumkan mahkamah anak guamnya mengalami masalah mental yang disahkan doktor yang merawatnya selain menunjukkan perkembangan positif apabila mula belajar membaca muqaddam di penjara.

Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud turut bersetuju mahkamah menetapkan hukuman penjara ke atas Abd Khalid berikutan adalah tidak sesuai hukuman mati dijalankan ke atas individu yang mempunyai masalah mental.

Pada Julai 2016, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Abd Khalid selepas dia mengaku bersalah membunuh Rohani Hashim, 30, di rumahnya di Jalan Pengkalan Datuk Keramat, Bukit Tengah, Bukit Mertajam antara 29 September hingga 1 Oktober 2014.

Siasatan polis mendapati Abd Khalid berulang kali memukul kepala Rohani dengan spanar dan menghantuk kepala wanita itu ke tiang rumah sehingga menyebabkan kematiannya sebelum tidur semalaman bersama mayat wanita itu dan kemudian membakarnya keesokan hari.




Disiarkan pada: September 10, 2024 @ 3:07pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1132508/bekas-anggota-tentera-bunuh-ibu-tunggal-tujuh-anak-terlepas-tali-gantung





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 05:50 PM | Show all posts
Dua dua patut ke tali gantung

Tak berperikemanusiaan betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.191313 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list