CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34147|Reply: 0

[Perlis] Tahun Melawat Perlis langkah awal ke arah TMM 2026

[Copy link]
Post time 10-9-2024 12:50 AM | Show all posts |Read mode
Tahun Melawat Perlis langkah awal ke arah TMM 2026


Aizat Sharif[email protected]







SYED Faizuddin bersama Tuanku Lailatul Shahreen berkenan melawat pameran selepas merasmikan Asean China Heritage Dimension of National Arts (DNA) di Kangar.FOTO Luqman Hakim Zubir.





Kangar: Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 adalah kempen yang penting dan langkah awal menuju ke Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, agar semua pihak yang berkepentingan dalam sektor pelancongan untuk meningkatkan usaha dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Inisiatif ini penting untuk memaksimumkan ekonomi kita dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat global.

"TMPs adalah langkah awal menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 dan beta rasa gembira dan bangga menjemput semua delegasi untuk meneroka bentuk muka bumi dan keindahan yang tenang serta keajaiban tersembunyi yang terletak di Wilayah Utara Malaysia iaitu Perlis," titah baginda ketika merasmikan Asean China Heritage Dimension of National Arts (DNA) di sini malam ini.

Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Presiden Warisan ASEAN China, Azharuddin Ramli atau lebih dikenali sebagai Arja Lee.

Titah baginda, pihaknya berharap semua pihak dapat meneroka pelbagai tempat menarik di negeri Perlis.

"Ini termasuklah Projek Transformasi DiRaja melengkapkan Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Muzium Kota Kayang, Batik Inderawasih dan nikmati pelbagai hidangan lazat dan menarik yang ditawarkan oleh restoran dan kafe di negeri ini.

"Selamilah keindahan tenang Perlis 'The Undeniable Charm' dan nikmatilah keindahan semula jadi Perlis," titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk persembahan penglipulara terkenal 'Awang Batil'.

Malah, majlis turut diserikan dengan pelbagai koleksi busana pakaian tradisional dari negara serantau dan China.



Disiarkan pada: September 10, 2024 @ 12:14am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1132265/tahun-melawat-perlis-langkah-awal-ke-arah-tmm-2026





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036747 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list