CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46695|Reply: 0

[Kedah] Kes pengusaha tadika dera kanak-kanak disebut semula 14 Okt

[Copy link]
Post time 9-9-2024 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Kes pengusaha tadika dera kanak-kanak disebut semula 14 Okt


Hamzah Osman[email protected]







GAMBAR hiasan





Langkawi: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menetapkan 14 Oktober depan bagi sebutan semula kes pengusaha tadika yang didakwa atas lima pertuduhan mendera kanak-kanak di bawah jagaannya, tahun lalu.

Hakim Allan Suman Pillai menetapkan demikian selepas pihak pendakwaan selesai menyerahkan dokumen untuk penelitian pihak pembelaan dalam prosiding hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh, Nur Dalila Abdullah, 52, diwakili peguam Mohd Fairuz Abu Bakar.

Nur Dalila didakwa menganiayai lima mangsa terdiri tiga kanak-kanak lelaki dan dua perempuan berusia antara tiga hingga enam tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah tadika swasta di pekan Kuah antara Mac hingga Oktober 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Disiarkan pada: September 9, 2024 @ 12:16pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1132034/kes-pengusaha-tadika-dera-kanak-kanak-disebut-semula-14-okt





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.032083 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list