CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60065|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ tambah baik isu kesesakan kaunter dan masa menunggu

[Copy link]
Post time 6-9-2024 12:37 PM | Show all posts |Read mode
JPJ tambah baik isu kesesakan kaunter dan masa menunggu


Nur Izzati Mohamad[email protected]







PELANGGAN berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Seberang Jaya. FOTO: Danial Saad.





Butterworth: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan bagi perkhidmatan kaunter agensi itu di seluruh negara secara berperingkat dalam usaha mengurangkan kesesakan dan masa menunggu pelanggan, bermula Isnin depan

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramly, berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan semua pengarah JPJ negeri untuk pelaksanaan itu memandangkan masing-masing mempunyai kaedah berbeza.

Bagaimanapun katanya, JPJ mengambil perhatian serius terhadap isu dan permasalahan yang dihadapi pelanggan yang berurusan di kaunter agensi berkenaan.

"Susulan itu, kita mengambil beberapa tindakan untuk menambah baik perkhidmatan antaranya menyediakan pegawai pemudahcara (JPJ Assist) bagi membantu pelanggan dalam urus niaga yang boleh dibuat secara online (dalam talian).

"Tindakan ini adalah dengan cara meletakkan pegawai kita di kaunter yang akan menyantuni pelanggan sedang beratur untuk mengetahui urus niaga yang hendak dibuat.

"Sekiranya urus niaga itu boleh dibuat secara online, pegawai akan guide (bimbing dan bagi panduan) kepada pelanggan yang cara ini membolehkan pelanggan tidak perlu beratur mengambil nombor giliran dan tidak perlu berurusan di kaunter," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan meninjau perkhidmatan kaunter Ibu Pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Aedy berkata, pihaknya turut menggalakkan pelanggan membuat urus niaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ dan portal mySIKAP.

"Pada masa sama, kita menambahbaik Sistem JPJeQ untuk membolehkan pelanggan mendapatkan nombor giliran melalui imbasan Kod QR dan boleh berada di mana-mana sementara menunggu nombor giliran tiba. Pelanggan juga akan menerima notifikasi status nombor giliran secara terus melalui telefon pintar.

"Dalam pada itu, kita juga akan melaksanakan pindaan prosedur operasi standard (SOP) bagi urus niaga berkaitan pelesenan kenderaan dan pelesenan pemandu membabitkan dokumen atau borang fizikal untuk digantikan dengan e-dokumen atau e-borang yang boleh dilengkapkan lebih awal oleh pelanggan sebelum berurusan di kaunter JPJ," katanya.



Disiarkan pada: September 6, 2024 @ 12:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1131034/jpj-tambah-baik-isu-kesesakan-kaunter-dan-masa-menunggu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.206905 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list