CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59076|Reply: 0

[Perlis] Perlis teliti semula dasar, peraturan, SOP lapuk, tempoh penempatan pegawai - SUK

[Copy link]
Post time 6-9-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Perlis teliti semula dasar, peraturan, SOP lapuk, tempoh penempatan pegawai - SUK


Aizat Sharif - September 6, 2024 @ 11:57am [email protected]







Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Che Murad Sayang Ramjan. - FOTO FB PEJABAT SUK PERLIS





KANGAR: Dasar, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) penempatan pegawai yang didapati terlalu lama berada di sesuatu tempat, unit, bahagian mahupun jabatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perlis akan diteliti semula.

Langkah itu selaras gesaan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar supaya semua ketua setiausaha (KSU), setiausaha kerajaan negeri (SUK) dan ketua jabatan meneliti semula dasar, peraturan dan SOP lama serta lapuk bagi menutup ruang salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

SUK Perlis, Datuk Che Murad Sayang Ramjan, mengakui masih ada dasar atau SOP yang sudah lapuk dan masih digunakan sehingga kini dan beliau sudah meminta penasihat undang-undang serta pegawai kewangan negeri meneliti perkara berkenaan.

"Memang ada (dasar, peraturan, SOP lapuk) dan disebabkan itu, kita kadang-kadang cuba hendak sesuaikan dan selaraskan dasar, peraturan dan SOP ini dengan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

"Selama dua bulan bertugas di sini, saya sudah minta penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri untuk teliti perkara ini. SOP lapuk kita akan teliti semula dan penempatan pegawai yang terlalu lama di satu-satu tempat juga akan kita perhatikan.

"Apatah lagi di negeri ini, penempatan pegawai yang terlalu lama di sesuatu bahagian itu akan membuka peluang berlakunya isu berkait integriti dan sebagainya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam era hari ini di mana segalanya terdedah kepada dunia teknologi maklumat, beliau berkata, sudah tiba juga masa untuk segala dasar, peraturan dan SOP dinilai semula bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa.

"Sudah tentu saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh KSN dan kita pun hari ini di peringkat kerajaan negeri memang meneliti segala SOP yang lama.

"Tambahan pula dari segi maklumat itu senang sangat disalahguna, sebab itulah perkara itu hendaklah kita lihat balik, tambah baik dan sesuaikan dengan keadaan semasa seperti saranan KSN itu.

"Ini yang akan kita lihat supaya apa sahaja penambahbaikan atau perubahan itu mesti selaras dengan apa yang berlaku pada hari ini," katanya.

Semalam, Shamsul Azri selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional Bilangan 2/2024, meminta semua KSU, SUK dan ketua jabatan meneliti semula dasar, peraturan dan SOP lama serta lapuk di kementerian, kerajaan negeri dan jabatan masing-masing.

Menurutnya, peraturan dan SOP yang sudah lapuk berpotensi untuk membuka ruang kepada salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah yang perlu ditangani supaya selaras dengan prinsip tatakelola yang baik, iaitu ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan keberkesanan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1294767/perlis-teliti-semula-dasar-peraturan-sop-lapuk-tempoh-penempatan






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.037701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list