|
Aksi Nur Dhabitah pada saingan final 3m papan anjal individu. Foto: Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
KUALA LUMPUR: Perjuangan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir apabila menamatkan acara final 3 meter (m) papan anjal individu di tempat terakhir daripada 12 peserta, sebentar tadi.
Nur Dhabitah mengumpul 244.80 mata daripada lima terjunan di Pusat Akuatik Paris yang menyaksikan dua penerjun China berjaya berada di pentas podium.
Chen Yiwen memenangi pingat emas dengan 376 mata manakala Maddison Keeney dari Australia meraih perak, 343.10 mata.
Rakan seperjuangan Yiwen, Chang Yani meraih gangsa dengan 318.75 mata sekali gus menceriakan kem China yang turut meraih emas dan perak pada edisi di Tokyo 2020 sebelum ini.
Di saingan separuh akhir semalam, Nur Dhabitah, 25,mengumpul 286.95 mata untuk berada di kedudukan kelapan dalam senarai 12 peserta ke final.
Pada edisi Tokyo 2020, Nur Dhabitah menamatkan saingan individu di tempat keempat dengan 326.15 mata.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/08/1282732/cabaran-nur-dhabitah-di-paris-2024-berakhir
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|