CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6602|Reply: 0

[Johor] Johor komited pastikan Terminal Larkin Sentral capai taraf gred A

[Copy link]
Post time 2-8-2024 02:05 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Gambar fail


JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri komited bagi memastikan Terminal Larkin Sentral menjadi pusat pengangkutan yang efisien dan memenuhi standard piawaian tinggi demi keselesaan pengguna.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata terminal itu kini dikategorikan sebagai terminal gred B dan dalam usaha memenuhi kriteria gred A yang ditetapkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Insya-Allah, kerajaan negeri akan membantu sedaya mungkin bagi menyelesaikan isu ini…semoga usaha ini dapat dijelmakan dengan pelaksanaan yang tersusun dan teratur bagi meningkatkan kualiti fasiliti hab pengangkutan.

"Langkah ini sekali gus dapat merealisasikan hasrat Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030," katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi.

Penarafan mengikut gred A, B atau C oleh APAD membabitkan penilaian terhadap kemudahan terminal termasuk tiket dan kaunter informasi, keselamatan, keselesaan kepada orang ramai serta pemandu, selain kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU).

Onn Hafiz berkata, terminal itu menjadi hab pengangkutan penting yang menghubungkan pelbagai destinasi dari dalam dan luar negara dengan anggaran kira-kira 18,000 pengguna setiap hari.

"Saya membuat lawatan mengejut ke Terminal Larkin Sentral pada Jumaat lalu bagi meninjau dan memastikan semua kemudahan di sini berfungsi dengan baik, selain menilai tahap kecekapan pengoperasian di stesen bas utama negeri ini.


"Menerusi tinjauan itu, saya turut mengambil maklum segala keluhan dan cadangan bagi memperbaiki serta meningkatkan tahap pengoperasian, antaranya menaik taraf dan membaik pulih bumbung di platform bas, menambah baik sistem pengudaraan di ruang terminal bas, menaik taraf kemudahan untuk bilik rehat pemandu bas serta penyediaan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV)," katanya. – BERNAMA

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.121802 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list