CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33068|Reply: 5

[Tempatan] Polis siasat ucapan peguam dakwa Anwar Ibrahim 'scammer'

[Copy link]
Post time 22-7-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Polis siasat ucapan peguam dakwa Anwar 'scammer'

https://m.malaysiakini.com/news/712720

Shahrin Aizat Noorshahrizam
Diterbitkan:  Jul 22, 2024 2:05 PM
Dikemaskini: 4:22 PM



Polis hari ini menyiasat seorang peguam di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada perhimpunan antikerajaan bulan lalu, yang menggelar Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai 'scammer' kerana gagal mengotakan janji.

Penganjur himpunan "Rakyat Lawan Anwar", Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, dia dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar susulan laporan yang dibuat di Perlis oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak dinamakan.

"Tajuk ucapan scammer, scammer, Anwar scammer ini rupa-rupanya telah pun mendapat perhatian daripada beberapa NGO.

"Salah satu NGO di Perlis telah buat laporan polis terhadap saya dan siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 bersama Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 505B Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Pada 29 Jun lalu, kira-kira 400 peserta berhimpun di Putrajaya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan pimpinan Anwar.

Rafique yang turut berucap dalam perhimpunan itu menyebut mengenai "enam penipuan utama" termasuk penggunaan berterusan undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan terhadap pengkritik kerajaan, sedangkan PH pada suatu ketika dahulu berjanji memansuhkan undang-undang drakonian itu.

Rafique turut mempersoalkan janji kerajaan menentang rasuah, bermula dengan sokongan terhadap Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi selepas 47 pertuduhan rasuah terhadapnya digugurkan.

Dalam perkembangan terkini, Rafique dalam ucapannya mengulangi gesaan agar kerajaan bertindak selari dengan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.



Mengulas lanjut Rafique berkata telefon bimbit miliknya turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Saya telah beri segala maklumat, tiada masalah telefon bimbit itu dirampas,” katanya.

Menurutnya, dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan bersedia untuk menjawab pertuduhan terhadapnya di mahkamah.

Selain itu, Rafique berkata seramai 12 individu termasuk penganjur telah disoal siasat di IPD Putrajaya.

"Saya juga telah dipanggil (untuk dirakam keterangan) dan memberi kerjasama di IPD Putrajaya,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, kesemua individu yang dikenal pasti akan dipanggil untuk disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
suami farrah adeeba ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
hihihi... nak komen lebih² pun takut nanti radiocar dtg rmh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:12 PM | Show all posts
astagaaaa tisu nye kau
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun M orang panggil dia Firaun. Najib orang panggil dia crook womanizer. Takde pula nak saman. Accept criticism with open heart ler, you want the job and highest position be ready untuk accept criticism. I thought PH champion kan about free speech and bersih bersih human rights?
What happen now dah kena kesan 5G zombie ker?

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 10:04 PM | Show all posts
bosan betul tak habis2 nak bawak isu falestin ke hulu ke hilir....hangkut la segala pelarian falestin tu mai duduk malaysia ni...kita tgk nanti sapa akan tindas sapa....kalau tak pun engkau hangkut tikar bantal pegi perang kat gaza sana nun...nak tgk berani ke tidak....poooooodahhhh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043515 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list