CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71605|Reply: 8

10 smartphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti 2024

[Copy link]
Post time 20-7-2024 02:40 AM | Show all posts |Read mode
oklah,saya buka lagi thread tentang Smartphone murah ,sebab last saya
buka thread tentang  smartphone murah  ramai tu view 30k hehe..
yela,sekarang zaman inflasi,dan anak2 perlukan smartphone,manalah
nak beli2 barang2 runcit untuk makanan,bayar loan itu ini lagi,untuk
yang kerja gaji fixed,kalau banyak nak bayar itu ini, agak beban juga
kalau nak beli yang mahal2 ni..korang yang tengah cari smartphone
yang murah dan tak la lag sangat,dan ada juga kualiti,bolehla
tengok2 10 pilihan di bawah

--------------------------------------

Harga murah tapi tetap berkualiti dan bagus!

Kini semua orang memiliki telefon pintar untuk kegunaan harian.

Cuma apa yang membezakan adalah ciri, model, jenama dan harga sesebuah smartphone.

Ada juga orang lebih memilih untuk beli handphone murah dan berkualiti disebabkan kekangan kewangan.

Mungkin juga ada yang ingin beli telefon murah tapi bagus untuk pembelajaran anak mereka.

Jadi, kami senaraikan phone murah terbaik bawah RM300, memang harga handphone yang berbaloi.

Jangan risau, semua fon murah ini berkualiti dan hadir bersama warranty yang berpatutan.credit productnation



1)  Vivo Y93
     mulai RM260.00




Pemprosesan yang baik
Ringan untuk dibawa
Kamera kurang memuaskan
Chipset: Mediatek MT6762 Helio P22 (12 nm)
OS: Android 8.1 (Oreo), Funtouch 4.5
RAM: 6GB
Storage: 128GB
Saiz Skrin: 6.22 inci
Resolusi: 720 x 1520
Bateri: 4030 mAh
Kamera: 13MP (utama), 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)
Sebab menjadi pilihan utama:

Vivo Y93 merupakan sebuah smartphone yang dilengkapi dengan spek yang lengkap dan baik bagi sebuah
smartphone murah terbaik, tidak lag dan memenuhi keperluan harian.

Ciri-ciri:

Chipset yang digunakan agak berkualiti iaitu Snapdragon 439 yang akan memastikan phone berfungsi dengan baik.

Saiz RAM juga agak besar bagi sebuah phone murah, iaitu sebanyak 6GB, manakala saiz storan yang ditawarkan adalah sebanyak 128GB.

Jika saiz storan tidak mencukupi, anda boleh menambah kad micro SD sehingga 256 GB.

Pada bahagian kamera, terdapat dua lensa kamera pada bahagian belakang (13MP + 2MP) dan satu lensa swafoto (8MP).

Bagaimanapun, kualiti kamera phone ini dikatakan kurang memuaskan.

Ketahanan bateri phone ini juga tidak menjadi masalah dengan adanya bateri sebesar 4030 mAh.

Secara keseluruhan, Vivo Y93 mempunyai spek terbaik bagi sebuah telefon murah dan juga dilengkapi RAM besar.

Review:

"Setakat ni download TikTok dengan WhatsApp tak lag pun. Bateri pun okay tak cepat habis. Okay je guna WiFi,
data pun okay simcard boleh masuk. Memang puas hati dengan harga murah." productnation



2)  Nokia C01 Plus
    mulai RM249.00




Bateri tahan lama
Nokia mampu milik
Paparan skrin kurang cerah
Chipset: Unisoc SC9863A
OS: Android 11 (Go edition)
RAM: 1GB, 2GB
Storage: 16GB, 32GB
Saiz Skrin: 5.45 inci
Resolusi: 720 x 1440 piksel
Bateri: 3000 mAh
Kamera: 5MP (utama) 5MP (swafoto)

Bagi yang merindui handphone jenama Nokia, kini anda boleh memiliki handphone Nokia yang sesuai digunakan pada masa kini.

Nokia antara salah satu jenama telefon terkenal yang tahan lasak dan anda boleh dapatkan Nokia C01 Plus untuk dapatkan kualiti tahan lasak dengan harga yang murah.

Sistem operasi pada Nokia C01 Plus ini adalah Android 11 atau Go edition, jadi anda akan dapat menggunakan OS yang terkini.

Bagaimanapun, saiz skrin handphone murah ini sedikit kecil iaitu 5.45 inci dan saiz RAM pula 2GB manakala 32GB untuk storan dalaman.

Saiz ini sudah cukup bagi penggunaan harian dan anda boleh gunakan sebagai telefon kedua atau spare phone untuk kecemasan.

Untuk bateri pula, Nokia C01 Plus dibekalkan dengan bateri 3000 mAh yang sesuai dengan harga dan penggunaannya.


3)    Infinix Smart 6
       RM 369.00
  


Hadir dengan slot micro SD
Saiz skrin besar
Bateri bersaiz besar
Kadar penyegaran yang rendah
Gambar kurang cantik waktu malam/gelap
Chipset: Unisoc SC9863A
OS: Android 11 (Go edition), XOS 7.6
RAM: 2GB
Storage: 32GB
Saiz Skrin: 6.6 inci
Resolusi: 720 x 1600 piksel
Bateri: 5000 mAh
Kamera: 8MP (utama) 8MP (swafoto)
Telefon pintar Infinix Smart 6 memiliki spesifikasi yang terbaik pada harga yang sangat murah dan
dikatakan mampu memberi spesifikasi seperti telefon pintar mahal.

Antara ciri spek tinggi yang ada pada model ini adalah mempunyai pengimbas wajah dan cap jari untuk
sistem keselamatan serta paparan visual beresolusi HD+ sebesar 6.6 inci.

Berita baik bagi mereka yang sentiasa ‘hidup’ dengan telefon kerana Infinix Smart 6 mempunyai bateri
kapasiti 5,000 mAh dan mampu bertahan sepanjang hari dengan penggunaan yang normal.

Walaupun telefon ini harga murah tapi kamera bahagian depan dan belakang tetap disediakan.

Menariknya, kualiti kameranya juga boleh tahan bagus bila ambil dalam keadaan cahaya terang.

Jadi, kalau anda mencari handphone murah terbaik dengan bateri yang tahan lama, boleh dapatkan
Infinix Smart 6 ini! productnation



4)  MYFON S20
mulai  RM 164.00




Paparan 6.5 inci besar
Bateri 3000 mAh
Sistem operasi Android 10.1 mudah digunakan
Kualiti kamera kurang memuaskan
Chipset: MTK 6737 / 1.5 GHZ Quad Core
OS: Android 10.1
RAM: 2GB, 3GB
Storage: 16GB, 64GB
Saiz Skrin: 6.5 inci
Resolusi: 540x1170 piksel
Bateri: 3000 mAh
Kamera: 8MP
MYFON S20 dijalankan diatas sistem operasi Android 10.1 yang mudah digunakan, jadi sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Telefon ini hadir dengan paparan HD Waterdrop 6.5 inci yang menawarkan paparan yang mengagumkan dan lebar untuk pengalaman multimedia yang baik.

Dengan pilihan varian RAM 3GB + ROM 32GB dan 2GB RAM + ROM 16GB, smartphone ini berikan pilihan ruang penyimpanan yang cukup untuk aplikasi, video atau gambar anda.

Selain itu, bateri 3000 mAh akan memastikan telefon pintar ini bertahan sepanjang hari.

Untuk kamera pula, dilengkapi dengan kamera belakang 8MP dan turut hadir bersama flashlight untuk mengambil gambar.

Sementara itu, turut ada teknologi ultra-fast face unlock untuk menjamin keselamatan handphone murah terbaik ini. productnation




5) KYOCERA TORQUE G04
     mulai RM240.00





Paparan FHD berkualiti tinggi
Dilengkapi Cip Snapdragon 660
RAM dan kapasiti storan cukup
Kemaskini telefon terhad
Bateri bersaiz kecil
Chipset: Snapdragon 660
OS: Android 9.0
RAM: 4GB
Storage: 64GB
Saiz Skrin: 5.0 inci
Resolusi: 1080x1920 piksel
Bateri: 2940 mAh
Kamera: 24MP+8MP (belakang) 8MP (depan)

Jika anda kerja di tapak pembinaan dan mahu sebuah smartphone yang tahan lasak, Kyocera Torque G04 adalah pilihan yang tepat.

Smartphone ini dibina khas untuk keadaan yang lasak dan ekstrem tanpa mengurangkan kualiti prestasinya.

Selain tahan lasak, harga yang ditawarkan untuk Kyocera Torque G04 ini murah dan dilengkapi dengan paparan FHD 5.0 inci dan resolusi 1080x1920 piksel.

Dengan ciri ini, visual yang dihasilkan pada skrin telefon ini sangat jelas dan detail menjadikannya sangat sesuai untuk kerja.

Selain itu, smartphone tahan lasak dan murah ini turut dikuasakan oleh cipset Snapdragon 660 yang menawarkan prestasi yang lancar dan efisien.

Untuk bahagian kamera juga tidak mengecewakan, dengan kamera belakang 23MP+8MP, anda tetap dapat mengambil gambar dan mendapatkan kualiti yang cantik.

Selain itu, dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, memberikan ruang yang cukup untuk menyimpan aplikasi, fail dan sebarang gambar atau video anda. productnation



7)   Redmi 10A(2+32GB)
      mulai RM269.00




Prosesor MediaTek Helio G25 kuat
Menggunakan sistem operasi terbaru
Bateri tahan lama
Resolusi kamera terhad
Chipset: MediaTek Helio G25
OS: Android 11, MIUI 12.5
RAM: 2GB
Storage: 32GB
Saiz Skrin: 6.53 inci, HD+
Resolusi: 720 x 1600 piksel
Bateri: 5000 mAh
Kamera: 13MP (belakang) 5MP (depan)
Redmi 10A merupakan antara salah satu telefon Android yang murah di pasaran untuk anda dapatkan sekarang.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh prosesor MediaTek Helio G25 yang mampu berikan kekuatan dan prestasi terbaik.

Dengan CPU Octa-Core kecepatan hingga 2.0GHz dan GPU ARM GE8320 kecepatan hingga 650MHz, smartphone
ini mampu menjalankan tugas-tugas harian dengan lancar.

Paparan IPS LCD HD+ 6.53 inci pula boleh menghasilkan visual yang jelas dan butiran untuk pengalaman
menonton video-video kegemaran anda.

Selain itu, Redmi 10A turut disertakan dengan bateri besar 5000mAh yang tahan lama, jadi tiada
masalah untuk guna handphone murah terbaik ini sepanjang hari.

Dengan menggunakan sistem operasi Android 11, handphone ini juga dapat mengakses ciri-ciri
terbaru yang ada. productnation



8) Oppo A31
     mulai RM 345.00





Akses keselamatan fingerprint di bahagian tepi phone
Bateri besar dan tahan lama
Kamera berkualiti
Tidak ada pengecasan pantas
Versi Android lama
Chipset: Mediatek MT6765V/CB Helio P35 (12nm)
OS: Android 9.0 (Pie), ColorOS 6.1
RAM: 6GB
Storage: 128GB
Saiz Skrin: 6.5-inch
Resolusi: 720 x 1600
Bateri: 4230 mAh
Kamera: 12MP (lebar) 2MP (makro) 2MP (depth) 8MP (swafoto)

Oppo A31 hadir dengan saiz skrin sebesar 6.5 inci, dengan nisbah screen-to-body mencapai 82.4%.
Ia menjadikan paparan visual anda pada phone kelihatan luas.

Selain itu, ia berjalan di atas sistem operasi  Android 9.0 (Pie) dengan ColorOS 6.1. Anda tentu
akan dapat menikmati penggunaan telefon pintar yang lancar serta mudah digunakan.

Jika anda gemar mengambil gambar, telefon pintar murah ini hadir dengan tiga kamera dia bahagian
belakang. Kamera utama 12 MP disokong oleh dua kamera 2MP (marco & depth) untuk hasil gambar yang memukau.

Untuk gambar swafoto, anda akan dapat kamera hadapan 8 MP bagi menghasilkan gambar selfie yang jelas dan tajam.

Dikuasakan oleh chipset Mediatek MT6765V/CB Helio P35, dan dipadankan dengan 6GB RAM
dan storan dalaman 128GB, Oppo A31 akan memastikan anda mampu melakukan kerja multitask
dengan lancar dan mempunyai ruangan yang cukup untuk segala aplikasi, gambar serta video.




9)  ZTE Blade A3
    mulai RM 235.00

d_circle
OS Android Go Edition
add_circle
Bateri smart power saving
add_circle
Selesa dipegang di tangan
remove_circle
RAM kecil 1GB
Chipset: Quad-Core ARM Cortex A53 1.4 GHz
OS: Android 9 Go
RAM: 1GB
Storage: 32GB
Saiz Skrin: 5.45 inci, HD+
Resolusi: 1440 x 720 piksel
Bateri: 5000 mAh
Kamera: 5MP (belakang) 2MP (depan)
ZTE Blade A3 dikuasakan dengan pemproses Quad-Core ARM Cortex A53 1.4 GHz, memastikan prestasi yang lancar untuk tugasan harian anda.

Menggunakan sistem operasi Android 9 Go, ia menawarkan antara muka yang mesra pengguna dan fungsi yang cekap.

Untuk kamera, anda akan dapat menggunakan kamera 5MP pada kamera utama dan 2MP untuk kamera hadapan.

Kamera utama memiliki resolusi foto maksimum 3264 x 2448 dan menyokong rakaman video pada 720p, membolehkan anda merakam kenangan dengan jelas.

Selain itu, turut dilengkapi dengan paparan skrin HD+ 5.45 inci dengan 16 juta warna, memberikan pengalaman
tontonan yang memuaskan dan menyeronokkan.


10)  Sony Xperia XZ3
      mulai RM270.00




Kamera yang bagus
Paparan skrin OLED terbaik
Sensor cap jari di belakang telefon
Chipset: Snapdragon 845
OS: Android 9.0, boleh naik taraf ke Android 10
RAM: 4GB
Storage: 64GB
Saiz Skrin: 6.0 inci
Resolusi: 1440x2880 piksel
Bateri: 3300 mAh
Kamera: 19MP (utama) 13MP (swafoto)
Telefon Sony Xperia XZ3 dilengkapi 4G LTE dan mempunyai paparan skrin OLED 6.0 inci, memberikan anda visual yang menakjubkan pada resolusi 1440x2880 piksel.

Reka bentuk yang ramping dipadankan dengan satu slot SIM nano, menawarkan hubungan yang lancar.

Dengan menggunakan sistem operasi Android 9.0, boleh naik taraf ke Android 10, dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 845, Xperia XZ3 memberikan pengalaman penggunaan yang lancar dan responsif.

RAM 4GB dan storan dalaman 64GB pula cukup untuk menyimpan aplikasi dan fail anda, dan boleh melakukan multitask dengan lancar.

Untuk kamera, 19MP dual pixel pada kamera utama dan 13MP pada kamera swafoto, memastikan setiap gambar diambil dengan jelas.

Xperia XZ3 menyokong pengecasan pantas pada 18W, dan bateri 3300mAh membolehkan anda menggunakan telefon ini sepanjang hari.

Bagaimanapun, telefon murah ini merupakan telefon tepakai, tetapi masih lagi dalam keadaan yang sangat
bagus berdasarkan review orang ramai.credit productnation


---------------------

Cerita tentang android smartphone ni,mak saya yang umur 80 pun pakai
dia guna Oppo..saya ada aje belkan dia gaming Rog haha saya punyala
saja n k test android ni,buat la macam mana pun, memang tak boleh masuk
boleh  pula mak saya umur 80 pakai sistem semak ni haha, siap saya
install kan tik tok, whatsapp,facebook semua dia pandai handle saya
kalau masuk sistem sengal ni,ala macam kita masuk Linux la
masuk dunia aneh begitu apa pun,moga berjaya buat pilihan
banyak tu 10 pilihan .good luck



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 11:05 AM | Show all posts
Saya telah menggunakan Vivo Y93 untuk seketika sekarang, dan ia sangat bagus untuk tugasan harian. RAM dan storan yang besar adalah sempurna, walaupun kamera mungkin lebih baik. Retro Bowl College

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice article
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 10:05 AM | Show all posts
The emphasis on quality and warranty reassures potential buyers that they won't be compromising on reliability. Sharing a list of the best smartphones under RM300 is a fantastic initiative! Looking forward to seeing the recommendations.
temple run 2
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 11:48 AM | Show all posts
aku kalau dengar Oppo dan Vivo...terus down. Aku takleh dengan dua jenama ni sebb masa awal kemunculan dia dulu gambar2 dia very fake, penuh dengan filter. Nokia pulak masih stuck dengan low spec dia tapi harga kelas kayangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2024 11:03 PM | Show all posts
espri6006 replied at 6-11-2024 11:48 AM
aku kalau dengar Oppo dan Vivo...terus down. Aku takleh dengan dua jenama ni sebb masa awal kemuncul ...

hehe samala, sekarng guna androd yang mana ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2024 06:07 AM | Show all posts
trunks replied at 10-11-2024 11:03 PM
hehe samala, sekarng guna androd yang mana ?

skrg guna samsung je. Pernah guna xiaomi note 3, note 7 dan note 9..semua telefon tu masuk air sebab aku suka hiking jadi tepon2 tu semua ada yang kena hujan, ada yng aku tbawak masuk air dan ada yang jatuh dalam air. Aku guna samsung ni 'water resistant' tapi aku still pakai cover utk bawak masuk air tapi air masuk sikit so pernah tukar screen dia dua kali..setakat ni masih berfungsi dengan baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2024 12:38 PM | Show all posts
Edited by trunks at 21-11-2024 01:32 AM
espri6006 replied at 11-11-2024 06:07 AM
skrg guna samsung je. Pernah guna xiaomi note 3, note 7 dan note 9..semua telefon tu masuk air seb ...

yang ni?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 11:07 AM | Show all posts

Tak aku pakai A53, katanya water resistance tapi masuk air juga...screen kong. Tukar screen 2-3 kali 1. sebb masuk air 2. kali kedua tukar sbb pecah .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074809 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list