CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27388|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lawan arus kerana percayakan GPS

[Copy link]
Post time 7-7-2024 08:03 AM | Show all posts |Read mode


PEMANDU lori yang dirakam memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2, pagi semalam. FOTO ihsan polis.

Seremban: Tidak terbiasa dengan laluan dan hanya mengikut GPS. Itu alasan diberikan pemandu lori yang dirakam memandu melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pada jam 7.40 malam tadi, tular satu rakaman video berdurasi 51 saat di media sosial memaparkan sebuah lori yang bergerak melawan arus di lokasi.

"Kejadian dipercayai berlaku jam 11.39 pagi semalam. Usaha mengesan suspek dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban.

"Ia membawa kepada penahanan seorang lelaki berumur 54 tahun iaitu pemandu lori berkenaan pada hari sama bersama sebuah lori di Balai Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang pada masa itu membuat penghantaran barang di kawasan Seremban tidak perasan laluan berkenaan tidak boleh dilalui.

"Dia mendakwa hanya memandu berpandukan aplikasi GPS kerana tidak biasa dengan laluan di kawasan itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Menurutnya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memandu dengan lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang bagi memastikan keselamatan semua pihak.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Sarjan Mohamad Azmi di talian 013-4288599 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040927 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list