CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27267|Reply: 0

[Johor] Faktor serangan Petropoda di perairan Mersing

[Copy link]
Post time 7-7-2024 08:00 AM | Show all posts |Read mode


Petropoda, sejenis Zooplankton dan organisma akuatik berbahaya dan mempunyai sengat yang boleh memudaratkan manusia yang dikesan di Perairan Mersing sejak 11 Jun lalu. FOTO IHSAN IPP BATU MAUNG

Batu Pahat: Serangan organisma dikenali Petropoda (Creseus Acicula) di Mersing sejak bulan lalu, dipercayai dibawa oleh angin monsun dan juga kapal.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, dua faktor itu dikenal pasti menyebabkan berlaku penyebaran organisma terbabit, yang dijangka berakhir selepas monsun tamat.

"Sekiranya (terkena jangkitan) terdapat kesan tertentu, segeralah mendapatkan rawatan di pusat kesihatan serta peka dengan pengumuman yang dikeluarkan pihak berkaitan," katanya.

Beliau ditemui selepas perasmian Program Larian Luban 2024 dan Johor Bersih Peringkat Batu Pahat di Astaka Shahbandar, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Nurhuda Ibrahim dilapor berkata, Petropoda adalah Zooplankton, antara organisma akuatik berbahaya dan mempunyai sengat yang boleh memudaratkan manusia.

Katanya, kehadiran Petropoda dikesan oleh pasukan penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung pada 11 Jun lalu di perairan kepulauan Mersing.

Sementara itu, mengenai kerja pembersihan pantai di Sungai Rengit, Pengerang, beliau berkata, ia siap 100 peratus dengan 49 tan sisa minyak berjaya dikumpulkan.

"Kerja pembersihan di Pulau Che Kamat bermula semalam dan dijangka siap dalam tempoh dua minggu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.456216 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list