CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27211|Reply: 0

[Johor] Awas kehadiran Petropoda di perairan Mersing

[Copy link]
Post time 7-7-2024 07:56 AM | Show all posts |Read mode


PETROPODA, sejenis Zooplankton dan organisma akuatik berbahaya dan mempunyai sengat yang boleh memudaratkan manusia. FOTO ihsan IPP Batu Maung
Mersing: Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda (Creseis Acicula) khususnya di perairan daerah ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan kehadiran Petropoda yang berasal dari perairan tropika dan subtropika dikesan pasukan penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang di kepulauan itu, pada 11 Jun lalu.

"Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.

"Moluska (haiwan berbadan lembut tidak bertulang) ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya, pada Khamis lalu.

Menurut kenyataan itu, kesan berkenaan mempunyai kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit manusia dan perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya terkena sengatan.

"Kita akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan pada masa sama ingin menasihati orang ramai agar menjauhi aktiviti berkaitan air, ketika ini," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.733185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list