CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11225|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK DUN Sungai Bakap: Sembilan pusat undi mula dibuka jam 8 pagi

[Copy link]
Post time 6-7-2024 08:39 AM | Show all posts |Read mode
PRK DUN Sungai Bakap: Sembilan pusat undi mula dibuka jam 8 pagi


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 6, 2024 @ 8:21am[email protected]





Orang ramai menantikan pintu pagar dibuka untuk menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara. - Foto DANIAL SAAD





NIBONG TEBAL: Sebanyak sembilan pusat pengundian membabitkan 65 tempat mengundi atau saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Pusat pengundian tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.

Semua pusat mengundi berkenaan akan ditutup pada jam 6 petang ini, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini.

Tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri, di sini mendapati pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan itu terutamanya warga emas antara yang terawal hadir untuk membuang undi.

Ketika ini, keadaan cuaca baik meskipun Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan pagi ini, sekali gus memudahkan pergerakan pengundi

Proses pengundian hari ini membabitkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Pada PRK kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menugaskan seramai 552 petugas, sementara 800 pegawai dan anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman awam bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Hanya Abidin akan mengundi hari ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri memandangkan Joohari adalah pengundi di DUN Sungai Acheh, iaitu satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal selain Sungai Bakap dan Jawi.

Secara keseluruhan 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis.

Bagaimanapun, PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lepas, selepas SPR mengeluarkan 128 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas Nor Zamri, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.046225 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list