Edited by Vellfire at 1-7-2024 02:22 AM
Zhi Jie tiba-tiba rebah di tengah gelanggang ketika berdepan Kazuma Kawano. – Badminton Asia
JAKARTA – Pemain badminton muda China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta semalam.
Zhi Jie turun dalam perlawanan ketiga apabila regu campuran China bertemu Jepun di GOR Among Raga Yogyakarta tengah hari semalam.
Dalam perlawanan pertama apabila mata kedua-dua pasukan terikat 11-11, Zhi Jie yang berdepan Kazuma Kawano tiba tiba rebah di tengah gelanggang.
Pasukan perubatan bergegas memberikan bantuan kecemasan sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans.
Selepas menerima rawatan rapi di hospital berkenaan, Zhi Jie tidak dapat diselamatkan.
Pemain muda berumur 17 tahun itu disahkan meninggal dunia pukul 11.20 malam (waktu tempatan). – AGENSI
|