CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7146|Reply: 0

[Sarawak] Masyarakat perlu beri sokongan serta bantuan kepada mangsa kebakaran

[Copy link]
Post time 9-6-2024 08:34 PM | Show all posts |Read mode


Chiew (lima kanan) bersama bekas Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo (enam kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang tinggal sementara di Dewan Serba Guna Kampung Tanjung Batu, Miri.

MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menggesa semua masyarakat bersatu padu, bekerjasama dan memberi sokongan serta bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang ditimpa musibah di sekitar bandar raya ini.

Katanya, pada masa sukar ini kesatuan dan bantuan adalah sangat penting dan seluruh masyarakat diajak untuk bersama berusaha memberi bantuan dan kasih sayang kepada mangsa kebakaran.

Sebelum itu, Chiew dan pasukannya melawat mangsa-mangsa kebakaran di dewan serba guna Kampung Tanjung Batu di sini bagi menghulurkan bantuan.

Terdahulu, beliau turut menghantar pegawainya turun padang ekoran kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan Tanjung Batu, Piasau Utara dan Riam di sini.

Chiew mengakui insiden berlaku memberi kesan besar kepada mangsa kebakaran kerana ia bukan sahaja memusnahkan tempat tinggal mangsa tetapi menyebabkan mereka kehilangan harta benda dan keperluan asas.

"Dalam perbualan dengan mangsa, saya dapat merasai betapa sukar dan sedihnya situasi mereka namun saya juga melihat kekuatan dan keberanian mereka.

"Mangsa kebakaran tidak hanya menghadapi kesukaran dari segi material tetapi tekanan dan menjejaskan emosi.

"Kejadian kebakaran ini tidak hanya menyebabkan penderitaan dan kesulitan sementara kepada mangsa tetapi memberi kesan serius kepada kehidupan mereka," jelasnya.

Justeru, beliau berharap sumbangan dan bantuan mereka dapat sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban mangsa serta memberi sedikit kelegaan dan keceriaan kepada mereka.

"Pada waktu mencabar ini, kami memberi sumbangan termasuk makanan, barangan keperluan harian dan bantuan kewangan untuk membantu mereka mengatasi kesukaran segera.

"Semoga bantuan tersebut dapat memberi mereka kelegaan dan harapan di tengah kesulitan dihadapi," katanya.

Chiew berkata, beliau terus memberi perhatian dan bantuan kepada mangsa kebakaran.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas bantuan mereka dalam menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa kebakaran," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.051563 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list