CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6731|Reply: 0

[Sarawak] Kompleks pelbagai guna akan dibangunkan di Hutan Simpan Sabal

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:44 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menandatangani plak pada majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Sarawak 2024 di Hutan Simpan Sabal, Simunjan hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Hutan Simpan Sabal di Simunjan bakal mempunyai sebuah kompleks yang berfungsi sebagai pusat pelbagai guna untuk tujuan penyelidikan dan kajian spesies pokok di kawasan berkenaan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau setuju memberikan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melaksanakan rancangan itu.

“Hutan Simpan Sabal yang mempunyai keluasan 2,613 hektar sememangnya merupakan antara destinasi penting terutama dari sudut penyelidikan dan juga kajian pelbagai spesies flora dan fauna di Sarawak.

“Maka, saya setuju untuk JHS menubuhkan Kompleks Sabal yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan. Pertamanya, ia akan menjadi tempat bagi penyelidik untuk melihat amalan pengurusan hutan kita.

“Keduanya, kompleks ini boleh menjadi tempat untuk aktiviti fizikal seperti mendaki (hiking) dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Sarawak 2024 di Hutan Simpan Sabal, Simunjan hari ini.

Abang Johari turut mencadangkan agar kompleks itu dilengkapi dengan kemudahan penginapan untuk para pelancong.

“Saya cadangkan kepada Datuk Hamden Mohammad (Pengarah JHS) supaya menyediakan tempat penginapan seperti apartmen untuk kemudahan pelancong bermalam di sini.


Abang Johari menaiki basikal buluh pada majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Sarawak 2024 di Hutan Simpan Sabal, Simunjan kira-kira 60 kilometer dari Serian, hari ini. - Gambar UKAS

“Selain dapat menghirup udara segar, pelancong boleh juga menikmati suasana yang tenang dan baik untuk kesihatan mereka, apatah lagi kawasan ini mempunyai potensi besar dalam pelancongan perubatan,” ujarnya.

Misalan katanya, hospital swasta seperti Pusat Perubatan Borneo (BMC) dan Hospital Pakar Kuching (KPJ) boleh membawa pesakit mereka ke sini bagi mendapatkan rawatan susulan dalam suasana yang segar sambil melihat keindahan hutan semula jadi.

Terdahulu, Hamden dalam ucapannya berkata, JHS bercadang untuk membangunkan Kompleks Sabal sebagai sebuah pusat pelbagai guna di Hutan Simpan Sabal, Simunjan.

Jelasnya, ia merupakan salah satu usaha JHS untuk bergerak ke hadapan dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) nanti.

Pembangunan itu katanya, akan merangkumi kawasan model ladang hutan yang fokus kepada amalan terbaik pengurusan hutan, rekreasi hutan, pusat latihan, pembelajaran dan penyelidikan berkaitan ladang hutan serta restorasi hutan landskap hutan.

“Kompleks Sabal akan dibangunkan sebagai pusat pelbagai guna untuk menempatkan bangunan pejabat, kuarters kakitangan, fasiliti penyelidikan dan juga fasiliti untuk tujuan rekreasi seperti trek berbasikal, tempat perkhemahan, 'orienteering,' penggambaran dan sebagainya.

“Apabila siap nanti kompleks ini boleh digunakan oleh pakar, penyelidik, pelajar dan orang awam terutama peminat alam semula jadi untuk meneroka serta menghayati keindahan hutan hujan tropika di Hutan Simpan Sabal,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.092241 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list