CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8156|Reply: 4

Anak yang keras kepala

[Copy link]
Anonymous
Anonymous  Post time 4-6-2024 10:54 PM |Read mode
Edited by Anonymous at 4-6-2024 10:57 PM

Assalamualaikum Kawan2. Sekadar ingin meluah perasaan tanpa dijudge oleh siapa2 di sini. Penat. Dari kecil lagi orang suka panggil saya keras kepala sebab saya degil. Lebih2 lagi mak saya. Bukan ke semua budak kecil suka berdegil? Entahlah, tapi perkataan ni dah macam sebati dengan saya sampai saya pun start percaya dengan perkataan tu. Jadi saya start protes lebih banyak. Saya akan degil dengan pendapat saya sebab sayakan keras kepala. Mak saya selalu nampak kekurangan saya sahaja. Tak pernah nampak positive side saya walaupun saya bertungkus lumus achieve sesuatu perkara. Saya tak kata mak saya jahat tapi mak saya macam tak pernah puas hati dengan saya. Misalnya, Adik saya pandai jaga barang2 dia, tapi saya tak pandai jaga. saya pandai belajar, dan Adik saya pelajar yang sederhana. Tapi mak saya akan memuji sikap Adik saya Dan tak pernah memuji saya. Malah sering membandingkan saya dengan adik-beradik yang lain. Lama kelamaan trait 'Keras Kepala' saya ni bertambah parah. Saya pantang kalau orang mengatakan saya buat perkara yang saya tak pernah buat. Saya ambil perkara tu sebagai cabaran untuk buat pula perkara yang disebut. Kedengaran pelik? But itulah diri saya. Saya start kena depression, anxiety, panic attack malah Bipolar sebab saya terlalu taksub untuk 'prove' diri saya depan Mak saya.  Saya start cari ketenangan dan kasih sayang di luar bila saya tak dapat dekat rumah. Masalahnya bukan saya dapat ketenangan dan kasih sayang. Yang saya dapat hanyalah penipuan, kecurangan dan pengambilan kesempatan di atas pencarian saya. At the last saya give up. Saya bersetuju untuk kahwin dengan pilihan keluarga dengan harapan mak saya akan start beri perhatian at least lepas saya kahwin. Tapi saya buat percaturan yang tersangat salah di situ. Saya akan sambung kisah saya dalam luahan kedua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sambung cerita tt
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 05:14 PM | Show all posts
Siaran yang berguna! Saya menerima banyak maklumat penting daripada anda. Terima kasih banyak-banyak



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, nampak macam mak you memang pilih kasih jenis yang terlampau. Mintak sambung cerita ya, kita kat forum ni takkan judge.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, sayangi dirimu.. virtual hug
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.032252 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list