CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2532|Reply: 0

Jangan ‘koyakkan’ Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 3-6-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain mengharapkan sokongan moral daripada para penyokong menjelang aksi bertemu Kyrgyzstan pada Khamis ini.

BENCANA dihadapi Harimau Malaya yang hilang beberapa tonggak penting ekoran kecede­raan tidak melunturkan harapan untuk menyaksikan kejayaan mampu dicapai pada baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kekal dengan pendirian jangkaan awal lebih sekadar ramalan, sebaliknya prestasi hari perlawanan akan menentukan keputusan skuad kebangsaan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, badan induk itu menaruh harapan tinggi kepada pengendali negara, Kim Pan-gon untuk memanipulasi ‘bahan mentah’ yang dimiliki ketika ini.

“Faktor kemanusiaan juga memainkan peranan seperti timbulnya masalah kecederaan pemain. Mungkin juga terjadi kepada pasukan lain dan semua itu di luar kawalan kita.

“Kadang-kadang perkara seperti ini boleh berlaku dan saya fikir jurulatih pasti ada pelan untuk menampung masalah ini.

“Saya anggap kalau pemain dapat beraksi baik pada hari perlawanan, semua itu (kejayaan) bukan perkara mustahil. Jurulatih pasti tahu cara untuk menampung kekangan dihadapi dan sekarang kita serahkan kepada Pan-gon untuk tentukan,” katanya.

Kem latihan kali ini menyaksikan Harimau Malaya hilang Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Darren Lok dan terbaharu penjaga gol utama, Ahmad Syihan Hazmi turut terpaksa melupakan perlawanan kerana kecederaan.

Dalam masa sama, Mohd. Yusoff menuntut peranan besar daripada para penyokong untuk memberikan sokongan moral kepada pemain dan seluruh pasukan dalam misi menghadirkan tiga mata penting menentang Kyrgyzstan pada Khamis ini.

“Yang penting kita sebagai penyokong, kita kena sentiasa bersama pasukan untuk beri sokongan moral. Kalau tidak dapat pergi ke sana pun, berilah sokongan di media sosial kerana saya rasa pemain juga baca apa yang diperkatakan peminat.

“Semua ini bagus untuk psikologi pemain tetapi kalau ­awal-awal lagi kita katakan pa­sukan tidak bagus, pemain pun mungkin ‘koyak’,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... kan-harimau-malaya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list