CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6302|Reply: 0

[Perlis] Tambah kemudahan buat peminat motosikal berkuasa tinggi – Pemangku Raja Perlis

[Copy link]
Post time 2-6-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode

TUANKU Syed Faizuddin (tengah) bergambar bersama hampir 30 peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi di pekarangan Dataran Istiadat, Istana Arau hari ini.

ARAU – Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2024  dijangka lebih meriah sekiranya lebih banyak kemudahan asas disediakan khususnya untuk peminat motosikal berkuasa tinggi.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kemudahan asas tersebut mampu menarik lebih ramai penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk singgah di negeri itu sempena TMPs 2024-2025.

“Cukup ramai penunggang dari Malaysia dan Singapura menghala ke Thailand secara santai dan begitu juga keadaan sebaliknya setiap minggu.

“Antara kemudahan asas yang diperlukan adalah tempat parkir yang selamat, mekanik berkeupayaan yang menerima pelanggan 24 jam selain memiliki stok alat ganti asas yang mencukupi dan sebagainya,” titah baginda selepas berkenan berangkat menerima kunjungan delegasi pemilik motosikal berkuasa tinggi dari ibu negara di pekarangan Dataran Istiadat Istana Arau. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... mangku-raja-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047400 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list