CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6604|Reply: 0

Peluang lebur rekod cemerlang Real - Terzic

[Copy link]
Post time 29-5-2024 09:41 AM | Show all posts |Read mode

TERZIC (tengah) ketika membimbing pasukannya pada sesi latihan menjelang aksi final bertemu Real. FOTO REUTERS

Dortmund: Borussia Dortmund boleh memecahkan rekod kemenangan Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara apabila apabila kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan di Wembley, Ahad ini, kata jurulatih, Edin Terzic.

Real sudah memenangi kesemua lapan perlawanan akhir yang mereka harungi sejak Liga Juara-Juara menggantikan Piala Eropah pada tahun 1992.

Mereka juga sudah memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara dalam 10 musim terakhir dengan jumlah keseluruhan 14 mahkota Eropah.

Terzic berkata rekod sememangnya untuk dipecahkan, tetapi Dortmund perlu beraksi pada tahap paling terbaik.


"Kami perlu percaya bahawa kami boleh mencapai kejayaan besar," kata Terzic pada sidang media.

"Kita perlu melakukan segalanya untuk membawa pulang trofi ke Dortmund. Sudah lama kami tidak mengecapi kejayaan itu," katanya lagi.

Dortmund memenangi gelaran itu pada tahun 1997 dan sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir pada tahun 2013 namun tewas kepada Bayern Munich.

"Perkara paling penting ialah jika anda mahu memenangi Liga Juara-Juara, anda perlu mengalahkan juara. Kini kami berdepan dengan juara mutlak.

"Mereka sudah melalui pengalaman ke final sebanyak 14 kali, memenanginya lima kali dalam 10 tahun terakhir.

"Mereka mengharungi lapan perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan tidak pernah kalah. Tetapi apa yang penting bukanlah apa yang berlaku dalam lapan perlawanan sebelum ini. Sudah tiba masanya untuk kami memecahkan rekod itu," tambah Terzic.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... merlang-real-terzic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list