CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6625|Reply: 0

Hakim arah FIFA, UEFA tidak halang ESL

[Copy link]
Post time 28-5-2024 12:50 PM | Show all posts |Read mode

Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) didakwa melanggar undang-undang Kesatuan Eropah. - Foto AGENSI

MADRID: Hakim mahkamah Sepanyol mengarahkan badan induk bola sepak dunia dan Eropah, FIFA dan UEFA, menghentikan halangan mereka terhadap cadangan untuk satu lagi kejohanan Eropah, Liga Super Eropah (ESL).

Hakim Sofia Gil Garcia menganggap kedua-dua badan induk bola sepak itu menggunakan kuasa dan kedudukan mereka serta melanggar undang-undang Kesatuan Eropah dengan menghalang kelab-kelab daripada bertanding di dalam ESL.

Gil Garcia turut mengarahkan FIFA dan UEFA membatalkan sebarang keputusan yang tidak selari dengan semangat kesukanan sebelum ini.

Kes berkenaan dibawa oleh A22 Sports Management, syarikat pembangunan sukan yang menubuhkan ESL, terhadap Persekutuan Bolasepak Sepanyol, LaLiga, UEFA dan FIFA, yang menghalang penubuhan ESL.


"Era monopoli kini sudah berakhir," kata Ketua Pegawai Eksekutif A22, Bernd Reichart.

Keputusan Gil Garcia senada dengan keputusan oleh Mahkamah Eropah pada Disember.

Bagaimanapun La Liga dan UEFA menegaskan, keputusan berkenaan tidak menjurus kepada sokongan terhadap penubuhan ESL.

"Penghakiman tidak memberikan hak kepada pihak ketiga untuk membangunkan pertandingan tanpa pengiktirafan dan tidak meliputi sebarang projek akan datang atau versi baharu projek yang ada sekarang," kata UEFA.

Cadangan penubuhan ESL oleh 12 kelab terkemuka Eropah pada tahun 2021 itu mencetus bantahan peminat dan ancaman penggantungan oleh UEFA, dengan sembilan kelab menarik diri serta-merta.

Real Madrid, Barcelona, Juventus dan sembilan kelab Eropah lain mengumumkan cadangan itu pada April, 2021.

Ia hanya bertahan 48 jam selepas bantahan peminat memaksa Manchester United, Liverpool, Manchester City, Chelsea, Tottenham Hotspur, Arsenal, AC Milan, Inter Milan dan Atletico Madrid menarik diri. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... fa-tidak-halang-esl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list