View: 8026|Reply: 0
|
Ancelotti dilema pilih Courtois, Lunin
[Copy link]
|
|
Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois (kiri) dan Andriy Lunin. - Foto AGENSI
MADRID: Carlo Ancelotti belum memutuskan sama ada akan menurunkan Andriy Lunin atau Thibaut Courtois di gawang Real Madrid pada final Liga Juara-Juara Eropah menentang Borussia Dortmund.
Lunin, 25, menjadi pilihan utama Ancelotti sepanjang musim ini ketika ketiadaan Courtois, yang cedera ligamen lutut sejak Ogos.
Real menandatangani Kepa Arrizabalaga secara pinjaman pada Ogos bagi menggantikan Courtois.
Bagaimanapun kecederaan penjaga gol Sepanyol itu pada November lalu membuka ruang buat Lunin mengisi kesebelasan utama Madrid.
Courtois pula kembali cergas awal bulan ini, memastikan gawang tidak dibolosi ketika kemenangan 3-0 ke atas Cadiz pada penampilan pertamanya musim ini.
Ancelotti masih mempertimbangkan pilihannya untuk posisi berkenaan, dan mungkin akan membuat keputusan pada har terakhir sebelum aksi final di Wembley, Sabtu ini.
"Ia sangat sukar kerana kedua-duanya berhak beraksi di final: Luni kerana dia mengharungi musim yang hebat dan Courtois pula kerana baru kembali daripada kecederaan. Saya akan tunggu hingga hari terakhir untuk membuat keputusan.
"Lunin sekarang demam, tetapi akan sedia menjelang Sabtu. Namun penjaga gol terbaik di dunia juga ada. Saya sukakan perdebatan ini, tetapi jika saya beritahu anda siapa yang akan bermain, perdebatan akan berakhir," kata Ancelotti.
Courtois dijangka akan memulakan aksi final menentang anak buah Edin Terzic.
Lunin membuat 31 penampilan untuk Real musim ini. Penjaga gol Ukraine itu dijangka akan memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2029. Kontraknya sekarang tamat tahun depan.
Courtois beraksi dalam empat daripada enam perlawanan terakhir Real. Dia juga berada di pintu gol Real ketika kemenangan ke atas Liverpool pada final Liga Juara-Juara Eropah 2022. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ilih-courtois-lunin |
|
|
|
|
|
|
| |
|