CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7087|Reply: 0

Chelsea intai Enzo Maresca sebagai pengurus baharu

[Copy link]
Post time 28-5-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode

MARESCA berjaya membawa Leicester kembali ke EPL. FOTO Agensi

London: Chelsea sedang mengadakan perbincangan untuk menjadikan Enzo Maresca dari Leicester sebagai ketua jurulatih baharu mereka, menurut laporan media Britain.

Pengendali dari Itali itu, yang sehingga tahun lalu menjadi pembantu Pep Guardiola, membantu Leicester tampil semula ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas The Foxes tersingkir sejak 12 bulan lalu.

Gaya bola sepaknya juga dikatakan menarik perhatian pengurusan Chelsea, dengan Sky Sports melaporkan The Blues meminta kebenaran Leicester untuk berbincang terus dengan Maresca, yang mereka jadikan sebagai pilihan utama kelab London itu.

Chelsea sedang memburu pengurus baharu selepas berpisah dengan Mauricio Pochettino.


Beliau hanya menghabiskan satu musim di Stamford Bridge, dengan Thomas Frank dari Brentford dan Kieran McKenna, yang membantu Ipswich ke liga utama itu di belakang Leicester, juga dikaitkan dengan kekosongan itu.

Pochettino meninggalkan pasukan selepas lonjakan lewat menyebabkan Chelsea menduduki tempat keenam dalam EPL - layak ke Liga Konferensi Europa namun terlepas kelayakan Liga Juara-Juara Eropah dan trofi.

Chelsea tewas pada perlawanan akhir Piala Liga 1-0 kepada Liverpool selepas masa tambahan dan tewas kepada Manchester City dengan keputusan sama di separuh akhir Piala FA.

Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda bekas pengurus Tottenham itu Pochettino akan bersatu kembali semasa lima kemenangan berturut-turut untuk menamatkan kempen yang memastikan Chelsea akan terbabit dalam saingan Eropah musim depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gai-pengurus-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034914 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list