CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7651|Reply: 0

[Pahang] 'Setiap masa diselubungi sesal dengan perbuatan lalu'

[Copy link]
Post time 19-5-2024 02:47 PM | Show all posts |Read mode

RAJA Mohd Amazon (dua kanan) bertemu banduan yang mendapat pembebasan awal 14 hari di Penjara Penor. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: "Hukuman penjara selama 15 tahun dan sepuluh sebatan yang diterima cukup menginsafkan saya untuk tidak mengulangi kesilapan lalu," kata banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Abu, 43.

Abu yang disabitkan dengan kesalahan merogol pada 2014 lalu menjalani hukuman di Penjara Penor, dekat sini dan hari ini dia banduan pertama tahun ini mendapat peluang pembebasan awal 14 hari.

Dia menyesali perbuatan jahat merogol anak saudara isterinya yang menghumbannya ke Penjara Marang, Terengganu sebelum dipindahkan sementara ke Penjara Melaka dan berakhir di Penjara Penor, di sini.

"Peluang pembebasan awal 14 hari diterima hari ini seolah hadiah yang bermakna kerana saya sepatutnya bebas awal bulan depan.


"Tidak ada yang lebih teruja hari ini melainkan dapat melangkah kaki keluar dari pintu utama Penjara Penor dengan disambut anak dan isteri," katanya.

Pembebasan Abu hari ini disaksikan oleh Pengarah Penjara Penor, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Raja Mohd Amazon Raja Daut.

Turut sama hadir Timbalan Pengarah Penjara Penor, Penguasa Penjara (PP) Mohamad Hasnor Abd Hamid.

Abu antara banduan peringkat khas di Penjara Penor berkata, terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang merengkok dalam penjara.

"Saya mengambil masa lebih tiga tahun untuk menerima hakikat bergelar banduan. Setiap masa diselubungi perasaan menyesal dengan perbuatan lalu.

"Namun selepas mendapat nasihat dan motivasi daripada pegawai penjara akhirnya saya terima hukuman yang diterima.

"Semua ini ada hikmah. Dulu saya hanyut dengan godaan iblis dan di sini saya menerima didikan agama dan memberi kekuatan iman," katanya.

Abu berkata dia mahu memulakan hidup baharu bersama keluarga dan berusaha menebus kesilapan lalu terutama selepas sepuluh tahun mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

"Sepanjang sepuluh tahun dalam penjara saya kehilangan ibu dan bapa. Saya tidak berpeluang menjaga mereka ketika sakit," katanya yang memiliki kemahiran ukiran kayu dan menghasilkan perabot.

Sementara itu, Raja Mohd Amazon berkata, banduan peringkat khas berpeluang dibebaskan 14 hari lebih awal di bawah peraturan 40 (2) peraturan-peraturan penjara 2000.

"Banduan peringkat khas yang berkelakuan baik sekurang-kurangnya dua tahun layak mendapat dibebaskan 14 hari lebih awal. Seramai tiga lagi banduan Penjara Penor berpeluang dibebaskan 14 hari awal tahun ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-perbuatan-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039995 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list