CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1886|Reply: 6

Hak Anda Dalam Saman Ekor

[Copy link]
Post time 29-3-2011 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman  sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap  salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu  RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG  ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB  MEMBAYAR DENDA?

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam  kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah.  Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan  Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi  kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat  menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi  termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa  seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat  representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah  seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu  hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman.  Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu  betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak  maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ  hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua  Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada  pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik.  Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 07:21 PM | Show all posts
Good Info...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 07:22 PM | Show all posts
Of course polis mati2 akan stand still dgn dakwaan mereka yg surat2 saman telah dihantar ke RUmah ....tp ada bukti ke yg nereka betul2 hantar...ini merupakan statement biasa pihak berwajib bile berlakunya kes2 cam gini...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 07:57 PM | Show all posts
polis mana ada antar surat saman ekor, yg diaorg antar ialah surat saman yg diaorg tahan aje, geram tullah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:06 AM | Show all posts
p mai p mai tang tu jgk
tpksa byr gak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 10:14 AM | Show all posts
normally kawan aku yang keje sbg loyer ada ckp...kalo kes bawak kat mahkamah..org yang didakwa atas kesalahan tk bayar saman akan lepas mcm tuh jer...sbb byk keraguan boleh dipersoalkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2011 06:39 PM | Show all posts
kesimpulan nyer nak kena bayar ke tidak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.070352 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list