View: 3523|Reply: 0
|
[Terengganu]
Buang tatu percuma, usaha murni pemenang APBN Terengganu 2024
[Copy link]
|
|
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azhari Mohammad (empat kiri) bergambar pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu Lelaki pada Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Terengganu di Payang Walk. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Usaha murni membuang tatu secara percuma kepada golongan mualaf selain bidang sukarelawan menobatkan Mohd Khairul Ridzuan Muhammad sebagai johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) peringkat negeri Terengganu 2024, malam tadi.
Tindakan murni pegawai pemasaran syarikat Estetika Medispa di Kuala Terengganu bersama pasukannya itu sudah memberi manfaat kepada hampir 100 golongan itu sejak mula dilakukan pada 2017.
Jelas anak kelahiran Kuala Terengganu itu, usaha berkenaan tidak berhenti di sini, sebaliknya akan diteruskan bagi memastikan mualaf dapat menjalani kehidupan lebih selesa dan bersemangat selepas bergelar seorang Muslim.
"Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) membuang tatu secara percuma kepada golongan mualaf dilakukan bersama syarikat tempat saya bekerja sejak 2017 lagi dan sehingga kini hampir 100 golongan ini sudah berjaya dibantu, ini antara pencapaian terbesar kami bersama rakan.
"Khidmat CSR secara percuma ini bersama pengasas tempat saya bekerja tidak akan berhenti, sebaliknya program membuang tatu ini kita akan teruskan supaya mereka lebih bersemangat menjalani kehidupan harian.
"Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan meneruskan program ini bermula di Terengganu terlebih dahulu, kemudian di tempat lain," katanya ketika ditemui.
Selain usaha murni itu, Mohd Khairul Ridzuan juga turut aktif dalam bidang sukarelawan selain motivasi kepada pelajar sekolah.
Bagi kategori wanita pula johan disandang wakil Kuala Nerus, Che Wan Atika Putri Che Wan Rashid yang juga aktif dalam bidang sukarelawan, dengan kemenangan itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala dan sijil penghargaan.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azhari Mohammad, turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Asmadi Mohamad dan Presiden Majlis Belia Terengganu, Anas Hazizul Muhamad.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pbn-terengganu-2024 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|