CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2045|Reply: 0

[Kedah] Dua PATI dicekup di sempadan Malaysia-Thailand

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Dua PATI dicekup di sempadan Malaysia-Thailand

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

16 Mei 2024 08:35pm








Dua PATI warganegara Myanmar ditahan di sempadan Malaysia-Thailand pada Rabu.





KUALA NERANG - Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan di sempadan Malaysia-Thailand pada Rabu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, kejadian tangkapan tersebut berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).



"Pasukan operasi telah menjumpai dua orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan di sempadan Malaysia- Thailand pada jam 3.30 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua individu merupakan PATI warganegara Myanmar berusia 40 dan 45 tahun," katanya.



Menurut kenyataan itu, sebuah telefon bimbit dan wang dalam mata wang Malaysia dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM1,104 turut dirampas.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan, tahanan dan barang rampasan diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang Padang Terap untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara," kata kenyataan itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.424482 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list