CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4445|Reply: 0

[Terengganu] Bekas suami abai bayar nafkah dianggap menghina mahkamah

[Copy link]
Post time 15-5-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode

MAHKAMAH Syariah Kuala Terengganu. FOTO Arkib NSTP

Kuala Terengganu: Bekas suami atau bapa yang ingkar melunaskan nafkah yang diperintahkan mahkamah syariah boleh didakwa atas kesalahan menghina mahkamah.

Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek berkata, tindakan penguatkuasaan seperti penjara dan denda boleh dikenakan terhadap bekas suami yang mengabaikan perintah mahkamah tanpa alasan kukuh, di bawah Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

"Ramai bekas isteri teraniaya kerana tidak mengetahui bahawa mereka boleh hadir ke mahkamah untuk memohon supaya perintah nafkah (menghina mahkamah) itu dikuatkuasakan sekiranya bekas suami gagal patuh (culas bayar nafkah).

"Bekas isteri boleh membuat aduan berkenaan kepada penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut dan dari segi tempoh untuk buat aduan ini, ia perlu logik dan ada tempoh tertentu.


"Mungkin jika sudah enam bulan tertunggak tanpa alasan kukuh, bekas isteri boleh mengadu kepada penguat kuasa syariah.

"Jika terbukti bekas suami ingkar perintah yang dikeluarkan sebelum ini, kertas siasatan akan dibuka sebelum kes dirujuk kepada pihak pendakwa untuk didakwa di mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah," katanya di sini, hari ini.

Wan Abd Malik yang juga Ketua Pendakwa Syarie Negeri Terengganu berkata, pihak yang diabaikan perlu tampil ke hadapan untuk memulakan tindakan bagi membolehkan isu pengabaian perintah diselesaikan.

Katanya, pihak berkuasa tidak dapat memulakan tindakan terhadap bapa atau suami yang mengabaikan perintah nafkah tanpa adanya laporan atau aduan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-menghina-mahkamah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.242078 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list