View: 6085|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Imigresen gempur koloni PATI di Nilai, Seremban
[Copy link]
|
|
Sebahagian PATI yang diperiksa dalam serbuan imigresen di sekitar Nilai dan Seremban baru-baru ini.
SEREMBAN – Seramai 55 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam operasi di sekitar kawasan Seremban dan Nilai selama dua hari bermula kelmarin.
Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi yang disertai kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) itu dijalankan di 27 lokasi berbeza termasuk sebuah pasar raya terkemuka dengan pemeriksaan ke atas 200 warga asing.
Menurutnya, kesemua PATI yang ditahan adalah 23 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, enam lelaki warga Myanmar, 11 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Pakistan dan dua lelaki serta tiga wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan warga Vietnam.
“Kesemua yang ditahan berusia di antara setahun hingga 51 tahun dan telah dihantar dan ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -di-nilai-seremban/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|