CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3513|Reply: 0

[Kelantan] Pekerja maut diserang gajah, tiada pagar elektrik di kawasan ladang

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Gua Musang: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memaklumkan tiada Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) dipasang di lokasi kejadian pekerja ladang warga Bangladesh maut diserang gajah liar di Kampung Om, Pos Blau, Ahad lalu.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan gangguan hidupan liar daripada pengurusan ladang terbabit sejak tahun lalu.

Katanya, pihaknya melakukan siasatan sejurus menerima makluman daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang mengenai insiden.

"Jarak antara bandar Gua Musang dengan lokasi kejadian adalah 60 kilometer dan mengambil masa antara satu hingga dua jam perjalanan, manakala akses ke lokasi hanya boleh melalui jalan ladang dari Kampung Om, Pos Blau menggunakan pacuan empat roda.

"Kira-kira 9.30 pagi semalam, anggota kami bergerak ke lokasi dan siasatan mendapati mangsa diserang gajah liar semasa melakukan kerja penanaman pokok.

"Gajah liar terbabit kemudian melarikan diri ke dalam hutan. Selain tiada SPEG dipasang, kami mengesan tiada parit dibuat di sekeliling kawasan ladang terbabit," katanya hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar serta tidak melakukan provokasi.

Dalam kejadian 5 petang itu, Md Nawsher Ali, 29, maut diserang gajah di ladang dekat Kampung Om, Pos Blau.

Setakat ini, rekod menunjukkan dua kematian akibat serangan gajah tahun lalu, manakala satu kes kecederaan awal bulan ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-di-kawasan-ladang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054435 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list