View: 6323|Reply: 0
|
[Terengganu]
Penantian 18 tahun untuk tunai ibadah haji berakhir
[Copy link]
|
|
MAMAT (kiri) melihat petugas TH sedang memakaikan gelang nama kepada isterinya, Minah di ruang menunggu di LTSM. FOTO Baharom Bakar
Kuala Nerus: Penantian lebih 18 tahun suami isteri warga emas, termasuk enam kali mengemukakan rayuan untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, berakhir apabila ditawarkan menjadi tetamu Allah, tahun ini.
Mamat Embong, 74, dan isterinya, Minah Mohamad, 71, dari Kampung Seberang Marang di sini, mendaftar untuk menunaikan ibadah haji ketika berusia 56 tahun.
Bagaimanapun katanya, setiap tahun bermula 2018, dia dan isteri ke pejabat Tabung Haji (TH) di daerah Marang bagi membuat rayuan menunaikan haji.
"Tetapi keputusan rayuan kami ditolak mungkin disebabkan tiada kekosongan dan belum tiba giliran kami untuk ke Makkah menunaikan ibadah haji," katanya.
Mamat yang lebih mesra dengan panggilan Pok Long yang juga pesara Majlis Daerah Marang (MDM), dan Minah atau lebih mesra dengan panggilan Mok Long, mengakui sudah enam kali membuat rayuan bagi menunaikan haji.
Pasangan ini antara 142 daripada 2,180 bakal jemaah haji daripada Terengganu terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.
TH negeri menyediakan lapan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) untuk membawa 1,136 daripada 2,180 orang yang terpilih menunaikan ibadah haji ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mamat mengakui tidak menyangka dan terkejut apabila kedatangannya bersama Minah ke pejabat TH pertengahan Februari lalu untuk membuat rayuan kali keenam dimaklumkan terpilih menunaikan ibadah haji pada musim ini.
Terkejut dan menganggap petugas TH itu hanya bergurau, Mamat dan isterinya beberapa kali meminta petugas TH membuat semakan, tetapi diyakinkan bahawa namanya sememangnya terpilih menjadi tetamu Allah musim ini.
"Selepas dimaklumkan petugas TH kami terpilih untuk menunaikan ibadah haji, tanpa disedari air mata kegembiraan menitis kerana impian ditunggu sejak 18 tahun lalu menjadi kenyataan.
"Kami terus ke klinik swasta untuk mendapatkan peperiksaan kesihatan, selain membuat pelbagai persiapan termasuk menghadiri kursus haji dianjurkan TH," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... badah-haji-berakhir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|