CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 0

Mbappe ucap selamat tinggal dalam kekalahan

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang PSG, Kylian Mbappe meraikan bersama rakan sepasukannya trofi kejuaraan Ligue 1 Perancis selepas aksi menentang Toulouse di Parc des Princes, Paris awal pagi tadi. – Foto REUTERS

PARIS: Kylian Mbappe menyumbat gol pada penampilan terakhir di laman sendiri sebagai pemain Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi tadi tetapi juara Perancis itu mengalami kekalahan mengejut 3-1 menentang Toulouse pada malam mereka menjulang trofi kejuaraan Ligue 1.

Mbappe mengesahkan dalam satu video yang disiar dalam media sosial kelmarin dia akan meninggalkan PSG apabila kontraknya tamat hujung musim ini, menamatkan tujuh tahun beraksi di kelab itu.

Real Madrid dijangka menjadi destinasi berikutnya buat pemain yang mana pemergian dari Paris bukan lagi rahsia sejak Februari lalu, apabila dia secara peribadi memaklumkan kepada kelab itu mengenai keinginannya untuk berpindah.

Mbappe menyarung lilitan lengan kapten dan membuka tirai jaringan awal menentang Toulouse untuk mengumpul 44 gol dalam semua pertandingan musim ini.


Bagaimanapun Thijs Dallinga pantas menyamakan kedudukan buat pelawat berdepan PSG yang melakukan 10 perubahan pemain berbanding pasukan yang disingkirkan oleh Borussia Dortmund pada separuh akhir Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu, dengan Mbappe satu-satunya pemain yang mengekalkan tempatnya.



Penyerang PSG, Kylian Mbappe menewaskan penjaga gol Toulouse, Guillaume Restes bagi gol pertama pasukannya pada aksi Ligue 1 di Parc des Princes, Paris awal pagi tadi. – Foto AFP

Yann Gboho meletakkan Toulouse di depan dengan jaringan menakjubkan pada babak kedua dan Frank Magri melengkapkan kemenangan itu pada masa kecederaan ketika PSG mengalami hanya kekalahan kedua dalam Ligue 1 musim ini dan yang pertama dalam 27 perlawanan sejak September lalu.

Mbappe kini menyumbat 256 gol bersama PSG, satu rekod kelab sejak menyertai dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian yang bernilai 180 juta euro (RM918 juta).

Jumlah gol keseluruhannya 190 jaringan dalam liga utama Perancis – termasuk 16 bersama Monaco pada permulaan kariernya – meletakkannya di tangga ketujuh keseluruhan senarai sepanjang zaman.

Jurulatih Luis Enrique menganggap pemain berusia 25 tahun itu sebagai "seorang legenda kelab" apabila bercakap kepada media.

"Saya mendengar tepukan, penyokong memberinya penghormatan yang sewajarnya, dia adalah legenda kelab walaupun masih muda," kata Enrique.

PSG masih boleh menamatkan musim dengan melengkapkan kejuaraan berganda domestik, apabila mereka berdepan Lyon pada final Piala Perancis di Lyon pada 25 Mei ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... gal-dalam-kekalahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.230873 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list