View: 8304|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Tunggu MB buat pengumuman gaji kakitangan negeri
[Copy link]
|
|
Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (bertopi) ketika melepaskan benih ikan baung kedalam Sungai Triang selepas merasmikan Majlis Penutup Ekspidisi Memburu Baung Ekor Merah (BURU 3.0) di Kampung Sungai Buloh. FotoNSTP/Abnor Hamizam Abd Manap
JELEBU: "Urusan kajian dan kenaikan gaji penjawat awam di negeri ini adalah hak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun," kata Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Justeru, katanya beliau yakin Menteri Besar ada memikirkan mengenainya susulan pengumuman kenaikan gaji untuk kakitangan awam Persekutuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 1 Mei lalu.
"Saya yakin MB sudah memikirkan soal kenaikan (gaji) itu dan sudah ada keputusan dalam pemikiran beliau mengenai kenaikan itu dan tunggulah pengumuman yang akan dibuat...," katanya membayangkan perkara itu ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Ekspedisi Memburu Baung Ekor Merah (BURU 3.0) di Kampung Sungai Buloh di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe dan Pegawai Daerah Jelebu, Abdul Rahim A Aziz.
Sementara itu, Jalaluddin menafikan dakwaan penjawat awam yang mengundi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) kerana faktor kenaikan gaji diumumkan Perdana Menteri pada 1 Mei lalu.
Katanya, kemenangan calon PH bukan hanya didorong oleh kenaikan gaji itu semata-mata namun disebabkan pelbagai faktor lain.
" Jika masih ingat, sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) kerajaan pernah menaikkan satu kenaikan tangga gaji untuk penjawat awam, namun rakyat tetap menolak Barisan Nasional (BN) dan BN kalah dalam PRU itu.
"Keyakinan terhadap usaha kerajaan membantu rakyat, pelbagai inisiatif dan insentif yang diperkenalkan kerajaan adalah antara faktor kemenangan calon PH dalam PRK KKB kali ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu, berkata program memburu baung ekor merah akan dijadikan acara tahunan dengan penyertaan lebih ramai peserta.
"Pelbagai aktiviti sampingan boleh dijalankan ketika program dijalankan dan ia mampu memberi manfaat kepada ekonomi setempat,"katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-kakitangan-negeri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|