CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8055|Reply: 0

Percaturan Tommy buahkan hasil

[Copy link]
Post time 12-5-2024 05:57 PM | Show all posts |Read mode

STEINBRÜCKNER pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Abidin semalam. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Percaturan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner pada pertengahan babak kedua ternyata membuahkan hasil.

Pada aksi pertama Liga Super menentang Perak FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi, skuad Penyu merakam kemenangan bergaya 3-1.

"Iya sudah tentu saya gembira kerana kami berjaya mengutip tiga mata penting daripada perlawanan pertama lebih-lebih lagi beraksi di depan penyokong sendiri dengan lebih 8,000 peminat hadir.

"Kepada pemain simpanan, saya begitu berpuas hati. Mereka bekerja keras dan berjaya menjaringkan gol. Sebelum diturunkan saya memberitahu mereka bahawa biasanya satu pasukan bukan hanya sebelas pemain.


"Sebaliknya kami memerlukan bantuan daripada pemain di bangku simpanan dan ia berlaku, tahniah buat mereka yang berjaya mengubah rentak permainan selepas dimasukkan sebagai pemain gantian," kata jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, gol pertama skuad Penyu dijaringkan pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov, gol kedua hasil jaringan sendiri pemain lawan, Shivan Pillay dan gol ketiga menerusi pemain gantian, Chuku Chijioke manakala gol sagu hati pelawat dijaringkan Guaycochea Luciano hasil sepakan penalti.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Croatia bagaimanapun enggan mendabik dada, sebaliknya akui anak buahnya beraksi longlai dan tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Jelasnya, pada separuh masa pertama pemainnya beraksi dalam keadaan tidak menentu serta keletihan sekali gus menyaksikan peluang yang diperoleh gagal disudahkan dengan jaringan.

"Saya lihat kami tidak kelihatan baik pada malam ini (malam tadi). Kami kelihatan letih...terlalu lambat dan tidak cukup kualiti.

"Malah saya lihat mereka beraksi di bawah kemampuan sebenar serta tidak mencapai tahap diharapkan meskipun meraih kemenangan, harap mereka berubah pada aksi seterusnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tommy-buahkan-hasil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.635204 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list