View: 8592|Reply: 0
|
Fandi puas, Jaehong kecewa
[Copy link]
|
|
Barisan kejurulatihan dan pemain Sri Pahang meraikan jaringan Manuel Hidalgo. - Foto ihsan Sri Pahang FC
KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad berterima kasih kerana anak buahnya memastikan iga mata buat skuad itu selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.
Legenda bola sepak Singapura itu berkata, biarpun lambat panas terutama pada babak pertama, pemain Tok Gajah bangkit mempamerkan prestasi lebih baik pada babak kedua.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Sri Pahang memenangi perlawanan pertama Liga Super sebagai penyuntik semangat untuk beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.
"Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan apa yang penting ialah memastikan tiga mata menjadi milik Sri Pahang.
"Namun, keseluruhannya pemain perlu bekerja keras kerana pada babak pertama perlawanan mereka mengambil tempoh waktu yang lama sebelum bangkit dan menjaringkan gol pada babak kedua.
"Saya harap perlawanan akan datang pemain akan beraksi dengan lebih baik dan pada masa sama memastikan tahap kecergasan akan dipertingkatkan lagi," katanya.
Sementara itu, pengendali KDN FC, Pak Jaehong meluahkan kekecewaan kerana skuadnya gagal untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan pertama.
Katanya, biarpun beraksi baik tetapi penyudah yang tumpul menafikan skuad itu untuk menafikan kemenangan tuan rumah.
"Saya kecewa tetapi perlawanan akan datang saya mengharapkan pemain dapat beraksi lebih baik dan memastikan kutipan mata," kata jurulatih berasal dari Korea Selatan itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... puas-jaehong-kecewa |
|
|
|
|
|
|
| |
|