CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4422|Reply: 0

TFC bermula positif benam Perak FC

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode

Pemain-pemain Terengganu FC meraikan jaringan ketika aksi Liga Super menentang Perak FC di Stadium Sultan Mizan Abidin, Kuala Terengganu. - Foto NSTP/Ghazali Kori



KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) bermula positif pada aksi pembuka tirai Liga Super 2024-2025 selepas membenam cabaran Perak FC 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Kemenangan itu memastikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner mengutip tiga mata biarpun terpaksa berhempas pulas sehingga pertengahan babak kedua.

Terdahulu pada perlawanan itu, TFC yang 'kehilangan' empat pemain tonggak akibat kecederaan mendapat gol pada minit keenam menerusi rembatan deras Tukhtasinov dari luar kotak penalti .

Tersentak jaringan itu, anak buah Yusri Che Lah bangkit mencari gol penyamaan, namun tandukan Firdaus Saiyadi pada minit ke-14 hanya sedikit tersasar di sebelah kanan gol tuan rumah yang dikawal Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.


Pada minit ke-38, skuad The Bos Gaurus sekali lagi berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain import, Luiz Henrique, bagaimanapun palang menjadi penghalang.

TFC berpeluang untuk menambah jaringan pada masa kecederaan pada babak pertama, tapi percubaan Manuel Ott terkena benteng pertahanan sebelum singgah di tiang.

Bersambung babak kedua, pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas Ott menjatuhkan Lee Tae Min, sepakan yang diambil kapten Perak FC, Guaycochea Luciano pada minit ke-60 berjaya mengikat kedudukan 1-1.

TFC yang beraksi di depan lebih 8,000 penyokong sendiri bagaimanapun tidak menunggu lama untuk sekali lagi berada di depan menerusi jaringan sendiri Shivan Pillay pada minit ke-66 yang tertampan bola hantaran pemain gantian, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim.

Pada minit ke-76, Henrique diarahkan keluar padang oleh pengadil, Suhaizi Shukri selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari Nik Sharif Haseefy.

Pada minit ke-81, pemain yang baru masuk kurang seminit, Chuku Chijioke menambah derita pelawat apabila mudah memperdaya penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli untuk menjadikan kedudukan 3-1.
https://www.bharian.com.my/sukan ... itif-benam-perak-fc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197367 Replies : 4562
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047400 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list