CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 0

[Dunia] Malaysia akan teruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka, berdaulat

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri di Putrajaya. -Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah





KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya serta kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia juga mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin untuk diterima sebagai Anggota Penuh PBB selepas permohonan itu digagalkan oleh satu undi veto pada bulan lalu.

Katanya, resolusi yang diluluskan ketika Sesi Kecemasan Khas Ke-10 di Perhimpunan Agung PBB pada semalam, disokong oleh 143 negara, sembilan menentang dan 25 berkecuali.

"Sokongan melebihi dua pertiga Negara Anggota PBB untuk menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri dan hak untuk Palestin yang berdaulat, menzahirkan komitmen masyarakat antarabangsa yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Asia Barat.

"Resolusi itu juga memberikan hak dan keistimewaan kepada Palestin untuk menyertai secara penuh sesi-sesi di PBB.

"Oleh itu Malaysia menyokong dan menaja bersama resolusi ini bersama-sama dengan 76 Negara Anggota PBB yang lain," katanya.

Semalam, PBB meluluskan resolusi untuk Majlis Keselamatan PBB mempertimbangkan dan menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.

Resolusi berkenaan diluluskan dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.

Majlis Keselamatan PBB mengundi secara majoriti untuk memberikan Palestin beberapa hak tambahan dalam badan global itu, selepas usaha mereka untuk menjadi ahli penuh disekat oleh Amerika Syarikat (AS).

Draf resolusi itu yang diperkenalkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan 'Palestin layak untuk menjadi ahli dalam PBB mengikut Perkara 4 Piagam PBB dan harus diterima masuk sebagai ahli'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045350 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list