CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 6

[Jenayah] Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto fail NSTP



BATU KAWAN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu bermula Disember ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kenaikan gaji itu akan diselaraskan seperti mana di peringkat pusat, namun menurutnya ia masih memerlukan penelitian lanjut sebelum dilaksanakan.

"Kita akan ikut garis panduan ditetapkan (kerajaan persekutuan), sebab Perdana Menteri dalam ucapan tempoh hari pun ada meletakkan syarat bahawa kenaikan gaji bagi setiap penjawat awam tidak sama, ada penilaian dalam menentukan kadar (kenaikan).

"… jadi kita akan ikut (garis panduan itu)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuang Yu di sini, hari ini.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu akan membabitkan kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini, iaitu antara kadar kenaikan tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Sementara itu, Chow berkata pembinaan SJKC Kuang Yu adalah bagi memindahkan sekolah lama yang terletak di Penaga, memandangkan ketika ini sekolah terbabit yang sudah berusia 90 tahun hanya menerima sekitar 27 murid.

"Keputusan untuk memindahkan sekolah ini telah dibuat sejak beberapa tahun lalu dan kebetulan tanah di sini (Batu Kawan) dikhaskan untuk tujuan pembangunan sekolah maka Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan kerajaan negeri telah menawarkan tapak seluas enam ekar (2.4ha) bagi tujuan penempatan semula," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik, berkata kos membina bangunan sekolah dua tingkat itu menelan belanja sekitar RM22 juta dan sehingga kini RM15 juta sudah berjaya dikumpulkan.

Beliau berkata, pihaknya akan memohon bantuan daripada kerajaan negeri dan pusat bagi membiayai perbelanjaan kos pembinaan sekolah itu memandangkan ia sekolah bantuan modal, supaya dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

"Hari ini pemasangan cerucuk dilakukan menandakan bermulanya pembinaan sekolah, dan ia dijangka siap pertengahan 2026. Kita harap ia dapat dibuka pada sesi persekolahan 2027 nanti," katanya.

Sekolah itu nanti mampu memuatkan maksimum 3,000 murid tahun satu hingga enam dan berkonsepkan sekolah pintar berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Bukit Minyak dan Penang Science Park. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 11:57 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:00 PM | Show all posts
aku lebih tertarik kepada kenapa sjkc tu dari penaga nak dipindahkan sampai batu kawan?
penaga tu kat seberang perai utara, batu kawan tu kat seberang perai selatan, bapak jauh tu, mau 50km ada kot.

kat tmpt asal penaga tu byknya budak2 melayu je belajar kat sjkc tu, sbb mmg kawasan melayu. lps ni dah nak pindah pulak. kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:31 PM | Show all posts
lepas tu naikla cukai taksiran mcm selayang
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 05:00 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 16-5-2024 01:31 PM
lepas tu naikla cukai taksiran mcm selayang

kat png ni surcharge penjimatan air pun dah ada dlm bil.kalau guna byk @ dikira tak jimat air, kena denda mcmtu la lebih kurang.
aku pun biasa kena

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
suatu waktu dahulu.......PENJAWAT AWAM MEMBEBANKAN.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. tahniah gomen penang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.090919 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list