CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6667|Reply: 1

Justin Bieber umum bakal timang cahaya mata, Selena Gomez pula trending di X

  [Copy link]
Post time 11-5-2024 11:19 AM | Show all posts |Read mode

Pelekat meme Selena juga tular di media sosial ketika ini.

NAMA penyanyi Selena Gomez trending di platform X selepas Justin Bieber mengumumkan isterinya sedang hamil anak pertama mereka.

Selena menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen kerana ingin mengetahui reaksinya selepas mendapat tahu bekas teman lelakinya bakal bergelar bapa.

Ramai merasakan Selena akan berasa kecewa dan merasakan penyanyi itu sepatutnya bersama Justin dan bukan Hailey Bieber.

Sejak Selena dan Justin berpisah pada 2018, masih ramai berharap pasangan itu akan kembali bersama kerana merasakan mereka pasangan secocok.



Nama Selena sering terkait dengan hubungan Justin dan Hailey.

Nama penyanyi tersebut turut trending di media sosial berkenaan ketika Justin dan Hailey bertunang pada Julai 2018 dan ketika mereka berkahwin dua bulan kemudian.

"Selena pasti akan jadi sebutan setiap kali ada perkara besar membabitkan Justin dan Hailey," komen netizen.

Tidak hanya itu, ada pula di antara netizen mentertawakan Selena dengan menghasilkan pelekat meme penyanyi berkenaan bagi mencemuhnya.

Ramai merasakan Selena masih belum move on daripada Justin dan yakin dia berasa kecewa apabila bekas kekasihnya itu akan memiliki anak bersama wanita lain.


Pada Jumaat, Justin berkongsi berita gembira dia dan isteri bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Perkara tersebut turut disahkan oleh wakil pengurusan yang memaklumkan Hailey kini sedang hamil enam bulan.

Untuk rekod, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang.

Sebelum itu, Justin menjalinkan hubungan cinta dengan Selena sejak Februari 2011.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... -pula-trending-di-x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde maknanya sel nak sedih.. Dia pon dah happy dah dgn org yg terima diri dia seadanya. Move on lah. Bibir tu elok lah dgn bini dia tu. Sel taknak pon si bibir tu dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.167577 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list