CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4885|Reply: 0

City tidak boleh buat silap – Guardiola

[Copy link]
Post time 11-5-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode

GUARDIOLA (kanan) menganggap satu kesilapan sahaja mampu menjejaskan peluang pasukannya bergelar juara musim ini. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak dapat menyembunyikan kerisauannya terhadap cabaran yang diberikan Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

City kini tiada pilihan lain kecuali perlu memastikan mata maksimum dengan memenangi baki tiga perlawanan bermula menentang Fulham di Craven Cottage malam ini.

“Jika kami memenangi semua perlawanan, kami akan bergelar juara dan pemain juga tahu situasi sekarang. Kami sudah merasakan keadaan ini dan pernah berdepan situasi sama pada musim terdahulu.

“Jadi sekarang kami perlu lakukannya sekali lagi. Adakah ia tugas mudah? Tidak, namun segalanya berada dalam tangan kami sendiri dan semua orang tahu yang kami tidak lagi boleh lakukan kesilapan.

“Kamu sendiri lihat konsis­tensi Arsenal sejak rehat musim sejuk, begitu juga dengan cara mereka bermain. Kami dapat rasakan yang mereka tidak akan alami sebarang kekalahan selepas ini,” katanya.

Arsenal yang memburu kejuaraan sulung dalam tempoh 20 tahun pastiya enggan melepaskan peluang terbaik selepas musim lalu mereka dihimpit kekecewaan pada saat-saat akhir saingan.

Bagaimanapun, Guardiola sedar cabaran yang menanti mereka memandangkan City hanya ada satu perlawanan di gelanggang sendiri iaitu aksi terakhir bertemu West Ham United di Stadium Etihad pada 19 Mei ini.

Daripada kedudukan semasa, City kini berada di tangga kedua dengan 82 mata, kurang satu mata berbanding Arsenal yang sudah pun beraksi 36 kali, namun mereka kelebihan satu perlawnan dalam tangan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... at-silap-guardiola/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.068193 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list