View: 4655|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
'Saya dapat merasai seperti arwah ada bersama kami'
[Copy link]
|
|
Muhammad Syarafudin bersama isteri, Ati Syuhada (gambar kiri). Syarafudin bersama arwah isteri, Nur Syafiqqa (gambar kanan).
Seremban: Besar hati Ati Syuhada Mdt Nanyan apabila sanggup memakai baju nikah milik isteri pertama suami yang sudah meninggal dunia pada majlis pernikahan pada 20 April lalu untuk 'merasai' kehadiran wanita itu meskipun tidak pernah mengenalinya.
Ati Syuhada, 34, memakai baju sama yang dipakai Nur Syafiqqa Mo'aid yang meninggal dunia kerana kanser limfoma tahap tiga ketika berusia 25 tahun pada Januari tahun lalu pada hari pernikahan dengan Muhammad Syarafudin Zulkeply, 28.
Berkongsi cerita, Ati Syuhada berkata, dia tiada niat untuk menjadi seperti isteri pertama suami kerana dia tahu mereka adalah wanita berbeza namun apa dilakukan itu hanya untuk merasai kehadiran wanita pertama yang mengisi kehidupan suaminya.
Menurutnya, apa dilakukan itu adalah ideanya sendiri biarpun pada mulanya suami sudah membeli pakaian baru untuk majlis pernikahan mereka yang berwarna putih.
"Saya memang sudah lama mahu memakai pakaian lama arwah isterinya namun apabila suami beli baju baru saya hanya diam saja sebelum menyuarakan hasrat itu kepada suami kira-kira seminggu sebelum majlis kami. Bagi saya dengan baju itu dapat merasai seperti arwah ada bersama kami dan kebetulan saiz baju kami juga sama.
"Walaupun saya kini sudah menjadi isteri kepada suami tetapi saya tidak mahu dia melupakan arwah dan saya juga tiada rasa cemburu kepada arwah. Ketika menyarung baju itu, perasaan saya menjadi sebak dan saya rasa seperti dekat dengan arwah biarpun kami tidak pernah saling mengenali sebelum ini," katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ketika dihubungi.
Menurutnya, dia dan suami baru saja berkenalan sejak beberapa bulan lalu sebelum mengambil keputusan berkahwin dan mengakui anak suami bersama isteri pertamanya, Raisya Inara, 4, menambat hatinya untuk menerima suami.
"Saya kini menjaga anak suami dan tidak menganggap dia anak tiri. Saya memang bukan ibu kandungnya tetapi akan berusaha menjaganya dengan baik namun tidak akan membiarkan anak melupakan arwah ibunya," katanya yang sudah menziarah kubur arwah Nur Syafiqqa.
Sementara itu, Muhammad Syarafudin berkata, pada mulanya dia terkejut dan pelik dengan permintaan isteri yang mahu memakai pakaian sama dipakai isteri pertama pada majlis pernikahan mereka lebih empat tahun lalu.
"Walaupun memakai pakaian sama namun saya tidak merasakan Ati Syuhada seperti Nur Syafiqqa kerana mereka adalah orang berbeza namun mempunyai tempat sama di hati dan perasaan saya ketika itu bercampur antara sebak dan gembira.
"Dalam masa sama, saya terharu kerana apa yang dilakukan isteri itu menghargai arwah isteri pertama saya dan penerimaan kedua-kedua keluarga (termasuk keluarga arwah isteri) juga baik walaupun mereka juga tidak tahu perancangan itu," katanya.
Juruteknik di sebuah kilang itu berkata, perkongsiannya di TikTok hanya untuk dijadikan kenangan dan mengakui apa yang dilakukan isterinya itu tidak akan dilakukan segelintir wanita lain.
Terdahulu, Muhammad Syarafudin berkongsi video memaparkan gambarnya dan Ati Syuhada memakai pakaian sama yang dipakainya bersama arwah isteri pertama, Nur Syafiqqa pada majlis pernikahan dan turut berkongsi gambar pernikahan bersama isteri pertama.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ah-ada-bersama-kami |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
putih nya hati kau dek.. bkn senang nk jumpa...
pilihan yg tepat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|