View: 4065|Reply: 0
|
[Kelantan]
Bayi Orang Asli alami masalah paru-paru naik helikopter ke hospital
[Copy link]
|
|
Anggota bomba mendukung Rafifarizi semasa menaiki helikopter Unit Udara JBPM sebelum berlepas ke Hospital Gua Musang di Gua Musang semalam. FOTO IHSAN JBPM
GUA MUSANG – Seorang bayi lelaki Orang Asli yang mengalami masalah paru-paru dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menerima bantuan oksigen di Hospital Gua Musang di sini, semalam.
Rafifarizi Amin, yang berusia setahun dari Pos Balar di sini diiringi ibunya, Tini Alang, 34, dibawa menaiki pesawat Mi-17-IV sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang bagi menerima rawatan susulan.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rizzan Jefri berkata, pesawat terlebih dahulu singgah di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang untuk mengambil dua orang jururawat sebelum mengambil pesakit di Pos Balar.
Katanya, pesakit memerlukan bantuan oksigen perlu dibawa menaiki pesawat dengan segera kerana dilaporkan mengalami masalah paru-paru, batuk dan selsema sejak dua hari lalu.
“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor pada pukul
12.03 tengah hari dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang kira-kira lebih sejam kemudian.
“Selepas mengambil pesakit, pesawat berlepas dari Pos Balar pukul 1.35 tengah hari dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang sembilan minit kemudian. Pesakit diserahkan kepada kakitangan kesihatan yang sudah bersedia bersama ambulans,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... kopter-ke-hospital/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|